Harian Metro

Lebih 10 kampung masih ditenggela­mi air

- Disasters · Drought · Natural Disasters · Naga City

Banjir sudah seminggu melanda tetapi keadaan di lebih 10 kampung di sekitar Pengkalan Kubor, di sini, masih ditenggela­mi air.

Ia berikutan limpahan air yang terlalu banyak sama ada aliran dari Pasir Mas atau Sungai Golok ditambah hujan yang lebat minggu lalu menyebabka­n proses surut menjadi perlahan.

Antara kampung yang terkesan dan masih digenangi air sehingga paras dua meter (m) ialah Kampung Bendang Pak Yong, Simpangan, Naga Ibu, Kuala Jambu, Kubang Sawa, Derdap, Pisau Raut, Kajang Sebidang, Palas Merah, Jejulok dan Teluk Jering.

Penduduk Kampung Kajang Sebidang, Syaharudin Mohd Nor, 47, berkata, lazimnya selepas seminggu, paras air semakin surut dan sesetengah penduduk sudah membersihk­an rumah sekadar mampu sementara menunggu gelombang seterusnya.

“Bagaimanap­un, banyak lagi kampung terutama berhampira­n Sungai Golok dan bersempada­n dengan Pasir Mas seperti Kuala Jambu dan Kubang Sawa, situasi masih lagi seakan lautan walau sudah seminggu banjir.

“Air surut terlalu perlahan kerana limpahan sangat banyak dalam tempoh gelombang pertama minggu lalu dan kebanyakan penduduk kampung masih terkepung dan menggunaka­n bot untuk pergerakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Syaharudin berkata, banjir luar biasa yang berlaku kali ini turut menjejaska­n kediamanny­a yang sebelum ini tidak pernah dimasuki air namun baru-baru ini, air masuk hingga paras 0.8m dalam rumah.

Katanya, dia, isteri dan dua anak terpaksa berlindung di rumah ibu bersama 18 lagi ahli keluarga lain.

“Saya tidak boleh meninggalk­an kampung kerana perlu menguruska­n banyak bantuan dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk mangsa banjir yang tidak berpindah dan terkepung,” katanya.

Sementara itu, Zaharah Salleh, 73, meluahkan rasa sedih apabila banyak jualan di kedai runcitnya hanyut dan tidak dapat diselamatk­an kerana tidak sempat disimpan di tempat tinggi.

Dia berkata, kedai runcitnya adalah satu-satunya

tempat penduduk kampung yang tidak berpindah mendapatka­n barangan malah dia sudah menyediaka­n pelbagai keperluan

untuk dijual dalam tempoh banjir.

“Sebelum banjir, saya sudah menambah bekalan gula, minyak masak, air

mineral dan garam untuk keperluan orang kampung tapi habis hanyut. Bukan itu saja, dua peti sejuk turut terbalik,” katanya.

 ?? NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? PENDUDUK kampung terpaksa menggunaka­n perahu untuk keluar menjalanka­n harian dan membeli makanan di Kampung Kajang Sebidang. Antara lebih 10 kampung yang terkesan dan masih digenangi air sehingga paras dua meter (m) berikutan limpahan air dari Sungai Golok. gambar
NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR PENDUDUK kampung terpaksa menggunaka­n perahu untuk keluar menjalanka­n harian dan membeli makanan di Kampung Kajang Sebidang. Antara lebih 10 kampung yang terkesan dan masih digenangi air sehingga paras dua meter (m) berikutan limpahan air dari Sungai Golok. gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia