Harian Metro

Sultan Pahang titah siap siaga hadapi banjir

- Weather · Disasters · Pahang · Malaysia · Kuantan · Terengganu · Kelantan · Bentong · Terengganu Polygon Cycling Team · Kuala Terengganu · Abdullah of Pahang · Temerloh · Pekan · Jerantut · Rompin · Kota Setar · Padang Terap · Pendang · Baling · Kuala Lipis · Raub · Mersing · Kota Tinggi

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kerajaan Pahang dan rakyat negeri ini bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n, berikutan ramalan hujan berterusan hingga 11 Disember ini.

Baginda bertitah, semua pihak perlu berhati-hati dan cakna dengan persekitar­an, khususnya mereka yang tinggal berdekatan sungai dan tali air memandangk­an kawasan itu berisiko banjir.

“Saya dimaklumka­n, berdasarka­n ramalan cuaca, hujan mungkin berterusan minggu ini.

“Justeru, kita perlu sama-sama berdoa cuaca bertambah baik dan musibah banjir tidak berlaku dengan teruk,” titah baginda selepas berangkat ke Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’Rasa) Daerah Temerloh di Kampung Lada, semalam.

Baginda bertitah, selain harta benda, perkara diutamakan ketika bencana adalah keselamata­n nyawa.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) semalam mengeluark­an amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang dijangka melanda hingga esok.

MetMalaysi­a menerusi kenyataan memaklumka­n, keadaan cuaca itu dijangka melanda Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran dan Rompin selain Kemaman dan Dungun di Terengganu.

Seluruh Kelantan dan Perlis pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh masa sama, selain di Hulu Perak, Perak dan Kedah membabitka­n Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Turut dijangka mengalami cuaca itu ialah Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) serta Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). - Bernama

 ?? ?? AL-SULTAN Abdullah mengurniak­an replika kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’Rasa) kepada Suzaini Bachik, 48 (dua dari kanan) pada Majlis Pengurniaa­n Kunci Ru’Rasa di Kampung Bukit Lada, Kerdau, Temerloh.
AL-SULTAN Abdullah mengurniak­an replika kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’Rasa) kepada Suzaini Bachik, 48 (dua dari kanan) pada Majlis Pengurniaa­n Kunci Ru’Rasa di Kampung Bukit Lada, Kerdau, Temerloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia