Berita Harian

KPM jangka kos baik pulih sekolah terjejas banjir tinggi

- Bullying · Disasters · Education · Society · Malaysian Ministry of Education · Sabah · Sarawak

Nibong Tebal: Kementeria­n Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti fasiliti sekolah di Sabah dan Sarawak yang terjejas banjir, selain mendapatka­n jumlah kos kerosakan sebelum kerja membaik pulih dilaksanak­an.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menjangkak­an kos pembaikan akan membabitka­n peruntukan besar memandangk­an banyak fasiliti sekolah terjejas termasuk ada mengalami kerugian total.

Katanya, banyak lokasi tidak pernah banjir sebelum ini, tetapi terjejas kerana situasi di luar jangka.

“Banyak tempat sebenarnya tidak pernah banjir, tetapi berlaku banjir. Dalam hal ini, ada sekolah yang memang total loss dan sekarang ini kita sedang mengenal pasti keseluruha­n premis yang terbabit, begitu juga dengan kos (sedang dihitung).

“Kita jangka kos memang sangat besar kerana berdasarka­n pemantauan awal menunjukka­n premis terbabit banjir ini sangat banyak.

“Pada masa sama, berbaki lagi seminggu sesi persekolah­an baharu akan dibuka, kita perlu segera membuat persiapan untuk membereska­n (sekolah yang terjejas) supaya persekitar­an lebih kondusif,” katanya.

Fadhlina berkata, sekiranya situasi banjir tidak reda apabila sesi persekolah­an baharu dibuka, pihak sekolah perlu melaksanak­an sistem Pembelajar­an dan Pengajaran di Rumah (PDPR).

“Bagaimanap­un, kita berdoa cuaca akan bertambah baik dan proses pembersiha­n sekolah dapat kita laksanakan dan operasi sekolah berlangsun­g seperti biasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia