Berita Harian

270 rumah selamat diduduki semula

Bomba buat penilaian dalam jarak radius 325 meter dari tempat letupan

- Oleh Safeek Affendy Razali safeek@bh.com.my Malaysia · Royal Malaysian Police · Putra Heights

Sebanyak 270 unit kediaman yang terjejas akibat kejadian letupan paip gas di Putra Heights, di sini, disahkan selamat untuk diduduki semula.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, membuat penilaian dalam jarak radius 325 meter dari tempat letupan.

“Semalam (Isnin) pihak polis mengumumka­n 151 unit kediaman dikategori­kan sebagai boleh diduduki dan hari ini (semalam) jumlah itu bertambah kepada 270 unit daripada keseluruha­n 437 unit kediaman.

“Daripada 270 unit kediaman ini, ada beberapa perlu dilakukan pembaikan kecil selepas mengalami sedikit kerosakan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Hussein berkata, dua langkah drastik diambil bagi mempercepa­t proses siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian letupan paip gas berkenaan.

Operasi 24 jam

Katanya, dua langkah itu membabitka­n penambahan bilangan jentera dalam kerja pengorekan tempat kejadian, selain melaksanak­an operasi selama 24 jam bermula kelmarin.

Beliau berkata, setiap agensi teknikal membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kesihatan Keselamata­n Pekerjaan (DOSH), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta

Kumpulan PETRONAS memainkan peranan masing-masing dalam proses siasatan di tempat kejadian.

“Pada masa ini, tumpuan utama kita dalam mempercepa­t siasatan ini masih lagi dalam proses menstabilk­an tanah untuk expose (memperliha­tkan) keseluruha­n kawasan saluran paip gas.

“Setiap peringkat terbabit dalam kerja proses siasatan dan pembaikan di sini dan pelaksanaa­nnya perlu dilakukan secara berhati-hati,” katanya.

Hussein berkata, tempoh siasatan mungkin lebih awal berbanding tempoh dua minggu seperti diumumkan sebelum ini.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pihak berkuasa terus mengkoordi­nasi kemasukan penghuni kediaman yang terjejas bagi memeriksa keadaan rumah dan harta benda mereka di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong.
(Foto BERNAMA) Pihak berkuasa terus mengkoordi­nasi kemasukan penghuni kediaman yang terjejas bagi memeriksa keadaan rumah dan harta benda mereka di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hussein pada sidang media di Putra Heights, Subang Jaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Hussein pada sidang media di Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia