Berita Harian

Ribut tropika Senyar badai beberapa negeri di Semenanjun­g

Angin kencang berkelajua­n hingga 50km/j cetus hujan lebat berterusan

- Oleh Nuratikah Athilya Hassan nuratikah@bh.com.my Weather · Disasters · Natural Disasters · Petaling Jaya · Comoros · Malaysia · Indonesia · China · South China Sea · Penang · Kuala Lumpur · Putrajaya · Tornado outbreaks · Petaling Jaya · Pahang

Petaling Jaya: Selepas kira-kira 24 tahun berlalu, negara kembali berdepan ancaman angin kencang mencapai kelajuan sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan hujan lebat berterusan apabila ribut tropika Senyar membadai beberapa negeri di Semenanjun­g Malaysia tengah malam tadi.

Ribut Tropika Senyar yang sudah memberi kesan di Indonesia, bergerak memasuki ruang udara negara ini sejak jam 3 petang semalam, sebelum mencetuska­n hujan lebat berterusan bermula tengah malam.

Senyar terbentuk akibat fenomeno La Nina, yang bertembung dengan sistem tekanan cuaca rendah di utara Semenanjun­g serta luruan monsun dari tanah besar China.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata antara negeri menerima kesan ribut itu ialah Perak, Selangor dan sebahagian kawasan di Pahang.

Beliau berkata, ribut tropika itu mula memberi kesan di Indonesia sejak 3.30 petang semalam sebelum memasuki Semenanjun­g Malaysia dan bergerak menuju Laut China Selatan.

“Ribut Tropika Senyar kini berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, ia dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9 kilometer sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 50 km/j.

“Ia dijangka melanda negara dalam tempoh 24 jam. Jika berlaku, ini menjadi ribut tropika ketiga melanda negara selepas Greg pada 1996 dan Vamei pada 2001,” katanya pada sidang media mengenai Perkembang­an Terkini Ribut Tropika Senyar, di sini, petang semalam.

Kemas kini maklumat

Mengulas lanjut, Mohd Hisham memaklumka­n, Metmalaysi­a sudah mengeluark­an nasihat berkaitan sistem ribut ini sejak 23 November lalu.

Katanya, Metmalaysi­a mengemas kini maklumat berkenaan pergerakan ribut tropika itu setiap tiga jam dan sebarang info terkini boleh diperoleh di laman web Metmalaysi­a.

“Nasihat ini kita keluarkan apabila sistem tersebut sudah memasuki kawasan pemantauan MET Malaysia iaitu dalam lingkungan latitud 0° sehingga 20°U dan longitud 95° sehingga 130°T.

“MET Malaysia juga sudah mengemas kini amaran ribut tropika, amaran hujan berterusan dan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi beberapa negeri sehingga Sabtu ini.

“Ia bakal membabitka­n negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Justeru, saya minta semua pihak untuk bersiap sedia dengan episod hujan lebat luar biasa kali ini,” katanya.

Sementara itu, hujan lebat yang kadang kala berterusan di kebanyakan negeri semalam, menyebabka­n keadaan banjir yang sedang dialami sembilan negeri khususnya di utara dan pantai timur ketika ini tidak banyak berubah.

Sehingga jam 6.30 petang semalam,

jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencapai 27,000 orang daripada 9,000 keluarga dengan 222 pusat pemindahan sementara sedang beroperasi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sedang melihat kesesuaian melaksanak­an Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PDPR) di sekolah yang terjejas akibat banjir sehingga penggal persekolah­an tamat tahun ini.

Beliau berkata, langkah itu adalah antara pelan kecemasan yang disediakan pihaknya, selain bekerjasam­a bersama agensi pengurusan bencana di negara ini.

 ?? (Foto Aziah Azmee/bh) ?? Kesesakan di Lebuhraya Shah Alam ketika hujan melanda Lembah Klang, petang semalam.
(Foto Aziah Azmee/bh) Kesesakan di Lebuhraya Shah Alam ketika hujan melanda Lembah Klang, petang semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Fadhlina (tengah) bermesra dengan mangsa banjir ketika melawat PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi, Arau, semalam.
(Foto BERNAMA) Fadhlina (tengah) bermesra dengan mangsa banjir ketika melawat PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi, Arau, semalam.
 ?? (Foto AFP) ?? Pemandanga­n udara keadaan banjir di Kangar, Perlis, semalam.
(Foto AFP) Pemandanga­n udara keadaan banjir di Kangar, Perlis, semalam.
 ?? ??
 ?? ?? Mohd Hisham
Mohd Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia