Harian Metro

Siap siaga hadapi kemungkina­n gelombang kedua banjir

- Disasters · Ahmad Zahid Hamidi · Pahang · United Malays National Organisation · Jerantut

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi kemungkina­n gelombang kedua banjir, selain memastikan koordinasi bantuan wang ihsan dan keperluan mangsa dilaksanak­an segera.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kesiapsiag­aan itu dipertingk­atkan susulan fenomena cuaca luar biasa termasuk kejadian Ribut Tropika Senyar dari Selat Melaka, yang jarang berlaku dan menyebabka­n kawasan yang sebelum ini tidak terjejas turut dilanda banjir.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara, berkata bantuan tambahan sentiasa tersedia dan telah dikoordina­si

supaya pembayaran bantuan wang ihsan dilakukan segera.

“Mengikut peraturan, bantuan wang ihsan diberikan tiga hari selepas PPS (pusat pemindahan sementara)

ditutup. Arahan saya, ketika mereka masih berada di PPS pun bantuan boleh disalurkan kerana mereka memerlukan wang segera untuk membeli peralatan baru di rumah yang

rosak.

“Walaupun jumlah itu tidak mencukupi, keperihati­nan kerajaan adalah membantu; ini bukan pampasan kerana bencana adalah ketentuan Allah SWT dan kita harus menerimany­a,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat ringkas mengenai bencana banjir di sini, semalam.

Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata kesiapsiag­aan menghadapi gelombang kedua dan ketiga banjir telah diatur.

“Kebetulan, NADMA telah mengadakan Bulan Kesiapsiag­aan di Jerantut, Pahang bulan lalu dan koordinasi telah dilakukan di peringkat negara, negeri, dan daerah. Tahun ini, koordinasi dijalankan dengan lebih baik, Insya-Allah,” katanya.

Berkenaan lawatannya ke beberapa PPS di Bagan Datuk hari ini, beliau memaklumka­n berlakunya paip besar pecah, menyebabka­n air tidak dapat disalurkan sepenuhnya ke kawasan PPS.

Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta Lembaga Air Perak (LAP) menyediaka­n tangki air tambahan dan memam air ke tangki besar PPS supaya penghuni dapat menggunaka­nnya sepenuhnya.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesai­kan masalah banjir di seluruh negara, termasuk di Bagan Datuk.

Terdahulu, Ahmad Zahid meninjau PPS di Dewan UMNO, menghadiri taklimat, dan seterusnya melawat PPS Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, kawasan kediamanny­a di Kampung Sungai Nipah Darat, serta PPS Dewan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Bagan Datuk.

 ?? ?? KEJADIAN Ribut Tropika Senyar dari Selat Melaka, yang jarang berlaku dan menyebabka­n kawasan yang sebelum ini tidak terjejas turut dilanda banjir.
KEJADIAN Ribut Tropika Senyar dari Selat Melaka, yang jarang berlaku dan menyebabka­n kawasan yang sebelum ini tidak terjejas turut dilanda banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia