Berita Harian

SPAN perlu langkah mitigasi hadapi cuaca panas berterusan

Inisiatif pastikan paras empangan tidak terjejas, jamin bekalan air

- Oleh Mary Victoria Dass bhnews@bh.com.my Weather · Water Security · Ecology · Social Issues · Society · Natural Disasters · Disasters · Ahmad Zahid Hamidi · Drought · Majidee Malay Village

Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) diarah mengambil langkah mitigasi jika cuaca panas dan kering berlarutan sehingga menjejaska­n kapasiti bekalan air empangan negara ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata antara langkah sesuai termasuk penyusunan semula pengoperas­ian bekalan air supaya agihan dapat dibekalkan kepada kawasan terjejas, selain operasi pembenihan awan (OPA).

Kaedah OPA bagaimanap­un bergantung situasi dan perbincang­an dengan kementeria­n lain.

“SPAN akan memantau keadaan air dari semasa ke semasa, apabila berlaku jangkaan dari segi musim kemarau dan sebagainya, SPAN akan berurusan dengan pihak operator air bagi memastikan pengurusan air lebih efisien, selain beberapa langkah mitigasi yang perlu diambil,” katanya selepas melawat Pasar Kampung Melayu Majidee, semalam.

OPA di Kedah, Perak

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanak­an OPA di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, operasi itu bagi meningkatk­an paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

Ia satu daripada usaha kerajaan menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024

Merujuk data SPAN kelmarin, peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44 peratus, manakala Empangan Bukit Merah 15.25 peratus.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, syarikat operator air yang mengambil beberapa langkah mitigasi antaranya memperinga­tkan orang ramai berkaitan penggunaan air lebih cekap dalam tempoh beberapa minggu ini.

“Dalam keadaan kita menghadapi pemanasan global dan sebagainya, ini adalah kesan yang memang semakin mencabar kepada sektor air terutamany­a bila keadaan bertambah ekstrem yang berpanjang­an.

“SPAN akan sentiasa berhubung dengan pihak operator air bagi melihat langkah mitigasi dan terbuka untuk berbincang dengan pihak yang berkaitan bagi mengatasi isu berkenaan,” katanya.

 ?? (Foto ihsan Foto ihsan Pejabat Ahli Parlimen) ?? Akmal Nasrullah (kiri) mendengar penerangan kemajuan projek naik taraf Pasar Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.
(Foto ihsan Foto ihsan Pejabat Ahli Parlimen) Akmal Nasrullah (kiri) mendengar penerangan kemajuan projek naik taraf Pasar Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia