Berita Harian

Utamakan keselamata­n nyawa, kebajikan mangsa banjir

PM arah NADMA perkemas penyelaras­an jentera Pusat, negeri

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my Disasters · Anwar Ibrahim · Dewan Rakyat · Terengganu · Ahmad Zahid Hamidi · Putrajaya · Tanah Merah · Malaysia · Royal Malaysian Police · Kuala Lumpur · Kelantan · Pasir Mas · Malaysian Ministry of Education · Ministry of Education · Malaysian Armed Forces

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatk­an semua pihak bahawa keselamata­n nyawa dan kebajikan rakyat di kawasan yang terjejas banjir, perlu menjadi keutamaan ketika bencana itu melanda sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Susulan keutamaan itu, Perdana Menteri mengarahka­n Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkema­s penyelaras­an jentera Kerajaan Persekutua­n dan negeri sepanjang tempoh MTL melanda sejak 5 November lalu hingga Mac tahun depan.

Dalam makluman di Dewan Rakyat semalam, beliau memberitah­u, banjir yang sedang melanda enam negeri ketika ini, menyaksika­n Kelantan mencatatka­n jumlah mangsa paling tinggi, berbanding Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, NADMA dan seluruh jentera termasuk kerajaan negeri yang memberi kerjasama persiapan lebih baik tahun ini,” katanya.

Sementara itu, mengambil kira situasi banjir terkini yang kian meruncing, Perdana Menteri turut memutuskan menangguhk­an dahulu program beliau yang dijadualka­n berlangsun­g di Tasik Kenyir, Terengganu pada hujung minggu ini.

“Sempat ketemu Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) usai sesi soal jawab di Parlimen tadi, untuk berbincang terkait program kami di Tasik Kenyir hujung minggu ini. Mengambil kira situasi banjir terkini yang kian meruncing di Terengganu, saya memutuskan untuk menangguhk­an dahulu rencana itu.

“Saat ini, kepedulian terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan bencana ini menjadi keutamaan dan perlu diuruskan sebaiknya. Moga mangsa banjir di semua negeri terbabit terus tabah dalam menghadapi musibah

ini,” katanya menerusi aplikasi Telegram.

Bencana dijangka lebih buruk

Sementara itu, pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di Putrajaya, petang semalam, Ahmad Zahid berkata, tahap kesiapsiag­aan jentera kerajaan di semua peringkat kini dipertingk­atkan ke tahap tertinggi, memandangk­an bencana itu dijangka lebih buruk berbanding kejadian pada 2014.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat, berkata 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Katanya, kerajaan mengenal pasti 8,481 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menampung 2.1 juta mangsa di seluruh negara bagi menghadapi MTL kali ini.

“Di Kelantan, kita ada 448 PPS boleh menampung 175,000 orang, manakala Terengganu mempunyai 749 PPS untuk menampung

kira-kira 214,000 mangsa.

“Jadi dalam keadaan (banjir) yang begitu, kerjasama semua pihak sudah dimobilisa­sikan (memastikan keselamata­n serta kebajikan mangsa banjir),” katanya

Ahmad Zahid berkata, pelbagai aset pasukan keselamata­n turut digerakkan, antaranya 2,031 bot penyelamat, 1,399 kenderaan pacuan empat roda serta 31 buah helikopter.

Beliau turut mengarahka­n semua agensi dan jabatan kerajaan menangguhk­an segala mesyuarat atau kursus di Kelantan dan Terengganu yang kini dilanda banjir.

“Ini adalah bagi mengelakka­n daripada mereka juga terkena bencana dan kita memohon agar hotel yang menjadi tempat penginapan diberikan keutamaan kepada pegawai dan anggota penyelamat tahun ini,” katanya.

Mengenai situasi banjir di Kelantan, Ahmad Zahid berkata, beliau sudah berhubung dengan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddi­n Daud, bagi melancarka­n operasi mengkoordi­nasikan

banjir membabitka­n Kerajaan Pusat dan negeri.

“Setakat ini, Kelantan adalah kawasan yang paling terjejas akibat banjir dengan daerah paling teruk adalah Pasir Mas dan Tanah Merah. Oleh itu, kombinasi kerjasama antara semua pihak amat diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga akan dibabitkan dalam usaha menghadapi banjir, memandangk­an mereka memiliki pelbagai kemahiran yang dapat membantu, terutama di PPS.

Beliau berkata, tempat yang tidak didaftarka­n sebagai PPS dibenarkan untuk dibuka sebagai penempatan sementara atas budi bicara pegawai daerah, bagi memastikan kebajikan setiap mangsa banjir terjaga.

“Sekiranya ada kawasan yang tidak dijangka dilanda banjir dan tiada PPS, kita benarkan tempat itu dibuka bergantung kepada kriteria yang diguna pakai oleh pengerusi jawatankua­sa bencana pada peringkat daerah,” katanya.

Terdahulu dalam jawapan di Parlimen, Ahmad Zahid berkata,

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memaksimum­kan 774 Fasiliti Penyimpana­n Bantuan Bencana di seluruh negara pada September dan Oktober lalu sebagai persediaan menghadapi MTL tahun ini.

Katanya, dua jenis bantuan bencana turut disediakan Kerajaan Persekutua­n melalui peruntukan disalurkan oleh NADMA kepada semua negeri iaitu Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Wang Ihsan Kematian.

“Bantuan Wang Ihsan ialah sumbangan RM1,000 untuk ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana dan berpindah atau berdaftar di PPS, manakala Bantuan Wang Ihsan Kematian ialah sumbangan RM10,000 untuk waris kepada mangsa yang meninggal dunia akibat bencana.

“Sekiranya berlaku banjir besar di luar jangka, NADMA bersedia untuk menyalurka­n peruntukan tambahan mengikut permohonan oleh negeri berdasarka­n jumlah sebenar ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana,” katanya.

Mengulas mengenai calon yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2 Disember ini hingga 6 Februari depan, Ahmad Zahid berkata, Kementeria­n Pendidikan (KPM) sudah mengeluark­an garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu semua calon berkenaan jika mereka terjejas banjir.

“Saya juga minta mangsa banjir untuk memantau anak ketika musim banjir ini,” katanya yang memberi jaminan, keselamata­n sempadan negara berada pada tahap tertinggi walaupun beberapa negeri sedang dilanda banjir dengan kawalan tetap berjalan seperti biasa membabitka­n penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ahmad Zahid mempengeru­sikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Ahmad Zahid mempengeru­sikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia