Harian Metro

3,838 mangsa di enam negeri

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin Kuala Lumpur Disasters · Terengganu · Kelantan · Pahang · Malaysia · Gua Musang · Tangkak · Kinta District

Snurul.hidayah@hmetro.com.my eramai 3,838 mangsa banjir direkodkan di enam negeri dengan 39 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi, semalam.

Setakat jam 3 petang, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir itu direkodkan di Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang, Melaka dan Johor.

Terengganu merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 3,339 orang membabitka­n 885 keluarga dengan 25 PPS dibuka di daerah Kemaman dan Dungun.

“Di Kelantan, seramai 163 mangsa banjir daripada 37 keluarga dipindahka­n di dua PPS di Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, di Johor, seramai 150 mangsa banjir daripada 40 keluarga dipindahka­n ke tiga PPS di Segamat dan Tangkak.

“Selain itu, 133 mangsa banjir daripada 37 keluarga di Pahang ditempatka­n di enam PPS di Maran manakala seramai 42 mangsa daripada 14 keluarga di Perak dipindahka­n di dua PPS di Kinta serta Perak Tengah.

“Di Melaka pula, seramai 11 mangsa daripada empat keluarga ditempatka­n di sebuah PPS di Jasin,” katanya. Terdahulu, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Met Malaysia) melaporkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang berpotensi membawa hujan lebat berpanjang­an dan mencetuska­n gelombang kedua banjir dijangka melanda negara bermula kelmarin hingga 14 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia