Harian Metro

Mangsa bah berkurang, tinggal 12 PPS beroperasi

- Disasters · Johor Bahru · Kluang · Kota Tinggi · Malaysia · Mersing · Kulai

Johor Bahru: Mangsa banjir di Johor terus berkurang kepada 1.097 orang pagi semalam berbanding 1,860 orang mangsa dicatatkan jam 4 petang kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi juga berkurang kepada 12 PPS sahaja.

“Setakat pagi ini (semalam), daerah Kluang mencatatka­n peningkata­n jumlah mangsa banjir paling tinggi membabitka­n 415 mangsa daripada 128 keluarga yang berlindung di PPS.

“Daerah Pontian juga masih mencatat jumlah mangsa banjir kedua tertinggi membabitka­n seramai 354 mangsa (97 keluarga) di lima PPS yang masih beroperasi,” katanya semalam.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Kota Tinggi yang sebelum ini paling terjejas, semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir terus berkuranga­n kepada 275 orang (88 keluarga) pada jam 8 pagi semalam, berbanding 1,016 orang (289 keluarga) petang kelmarin.

Katanya, hanya tinggal tiga PPS masih dibuka di Kota Tinggi.

Menurut beliau, di Johor Bahru pula, kekal seramai 53 mangsa daripada 16 keluarga yang berada di sebuah PPS.

Sementara itu, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) tidak mengeluark­an sebarang amaran ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini, namun terdapat amaran hujan berterusan tahap waspada di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang dijangka berlaku pada Jumaat hingga Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia