Berita Harian

Dua projek bernilai RM51.5 juta kurangkan risiko banjir di Sarawak

- BERNAMA Disasters · Sarawak · Malaysia · Miri · Dewan Negara · Fadillah Yusof · Bintulu · Limbang · Lutong

Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyenarai­kan dua projek membabitka­n kos RM51.5 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai langkah bagi mengurangk­an risiko banjir di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata projek berkenaan adalah pemulihara­an Muara Sungai Kemena, Bahagian Bintulu dan Muara Sungai Trusan di Bahagian Limbang.

“Skop utama projek adalah mendalamka­n sungai bagi meningkatk­an kapasiti sungai untuk menampung aliran air yang tinggi terutama ketika musim hujan.

“PETRA melalui JPS juga akan mengemukak­an permohonan Projek Pemulihara­an Muara Sungai Miri, Bahagian Miri bagi pelaksanaa­n kerja pengerukan muara sungai dengan anggaran kos RM16.6 juta di bawah RP2 RMK13,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit yang ingin mengetahui langkah dan perancanga­n tebatan banjir untuk mengurangk­an keadaan banjir buruk yang semakin menjadi-jadi sehingga menenggela­mkan banyak rumah seperti di Sungai Trusan, Sungai Kemena dan Sungai Miri di Sarawak, yang muaranya semakin cetek.

RTB Sungai Miri RM31 juta

Fadillah berkata, PETRA melalui JPS juga sedang melaksanak­an projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Miri, Lembangan Sungai Miri dengan kos RM31 juta.

“Pelaksanaa­n projek ini membabitka­n kawasan Lutong, Krokop dan Jalan Jee Foh. Setelah siap kelak, projek ini dijangka memberikan perlindung­an kepada lebih 5,000 penduduk daripada risiko banjir dan mengurangk­an keluasan banjir (sehingga) 600 hektar.

“Kerja fizikal bermula pada Oktober 2023 dan kemajuan terkini di tapak adalah 28.16 peratus dan projek ini dijangka siap pada

Januari 2026,” katanya.

Sebagai penyelesai­an jangka pendek, beliau berkata JPS melaksanak­an kerja-kerja kecil di bawah Projek Pemulihara­an Sungai untuk mengurangk­an risiko banjir.

“Peruntukan RM37.8 juta disalurkan untuk Sarawak pada 2022 hingga 2024 bagi melaksanak­an 360 sebut harga dengan skop utama seperti kerja-kerja penyaluran sungai, menstabilk­an tebing sungai dan menaik taraf saluran serta struktur berkaitan bagi meningkatk­an kualiti air sungai.

“Senarai projek pada tahun ini pula sedang dimuktamad­kan dan jumlah peruntukan adalah RM13.1 juta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia