Berita Harian

SMART keluarkan mangsa hidup dalam runtuhan

- BERNAMA Disasters · Kuala Lumpur · Malaysia · Myanmar · Ahmad Zahid Hamidi · Malaysia Airlines · Mandalay · Naypyidaw · Thailand · Sagaing · Mandalay · Bago · Magway · SMART · Sagaing

Kuala Lumpur: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluark­an seorang mangsa hidup dari bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat, berkata pasukan itu menemukan seorang mangsa lelaki berusia 40-an itu di bawah runtuhan di sebuah kediaman di Jalan Sagaing-ta Da U dengan menggunaka­n peralatan khas milik SMART sekitar jam 2 petang.

“Mangsa yang terperangk­ap selama 72 jam dibawa keluar jam 2.27 petang dengan kerjasama anggota bomba tempatan dan dihantar ke hospital,” katanya.

Malam kelmarin pula, BERNAMA melaporkan SMART mengeluark­an empat mayat dari bawah runtuhan di daerah Sagaing, Myanmar.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berkata dua mangsa, masing-masing lelaki dan wanita dikeluarka­n kelmarin, dua lagi mayat wanita dikeluar pada jam 12 tengah hari semalam.

“Kerja mencari dan menyelamat dilaksanak­an secara bersama dengan pasukan penyelamat tempatan dan cuaca panas memberi kesan kepada pasukan, namun tanggungja­wab untuk menyelamat mangsa bencana tetap menjadi keutamaan,” menurut NADMA.

Kelmarin hari ketiga Misi Bantuan Kemanusiaa­n Malaysia (MAS-01) diaturgera­k bagi menjalanka­n misi kemanusiaa­n serta membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Myanmar, dan satu-satunya pasukan SAR luar negara yang beroperasi di Sagaing buat masa ini.

NADMA memaklumka­n berdasarka­n laporan impak yang disahkan Jabatan Pengurusan Bencana Myanmar, jumlah mangsa meninggal dunia ialah 1,659 orang, cedera (3,535) dan hilang (284).

Faktor keselamata­n 50 anggota SMART yang sedang bertugas di daerah Sagaing sentiasa menjadi keutamaan kerana sebelum ini terdapat laporan kawasan bergolak yang masih dibom oleh tentera Myanmar dan risiko periuk api terutama di kuil-kuil.

“Isu keselamata­n di lapangan buat masa ini adalah minimum

dan keselamata­n MAS-01 sentiasa dipantau Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Tempatan dan pasukan polis Myanmar,” menurut NADMA.

Selain itu, cabaran dan isu yang perlu dihadapi pasukan berkenaan ialah masih berlaku gegaran susulan yang mungkin berbahaya kepada MAS-01 yang sedang melaksanak­an operasi

bawah runtuhan.

“Isu logistik yang utama seperti bekalan minuman dan petrol perlu sentiasa ada bagi memastikan kelangsung­an operasi.

“Isu kebersihan perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi selepas pengurusan mayat. Dekontamin­asi (nyahkuman) anggota perlu dilaksanak­an setiap kali tamat operasi dan bekalan air untuk mencuci pakaian adalah mencukupi,” menurut NADMA.

Jumaat lalu, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas, selain turut menjejaska­n negara jiran Thailand.

 ?? (Foto ihsan NADMA) ?? Pasukan SMART mengeluark­an mangsa yang masih hidup dalam operasi SAR.
(Foto ihsan NADMA) Pasukan SMART mengeluark­an mangsa yang masih hidup dalam operasi SAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia