Harian Metro

82 PPS sedia diaktifkan

- Oleh Zaid Salim am@hmetro.com.my Kemaman Weather · Disasters · Terengganu · Malaysia · Natural Disasters · Popular Socialist Party (Brazil) · Chukai · Teluk Kalung · Ajil · Kuala Berang

Polis menjangkak­an sehingga 15,000 penduduk di sekitar Chukai di sini, berisiko menjadi mangsa banjir sekiranya hujan lebat berterusan sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin bagaimanap­un berkata, sebanyak 82 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman sedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sahaja dan mampu menampung sehingga 40,000 mangsa.

“Jumlah mangsa itu adalah mungkin apabila berlakunya pertembung­an antara hujan lebat dan kenaikan air pasang. Kalau ikut ramalan hujan lebat berterusan oleh Jabatan Meteorolog­i Malaysia, kita jangkakan akan banjir lagi di Chukai, kalau taburan hujan tinggi seperti kelmarin. “Tapi dengan bilangan PPS yang kita ada, saya kira tiada masalah. Insya-Allah terkawal, tetapi yang penting mereka kena pindah ke PPSlah,” katanya sewaktu melawat kawasan perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong yang terjejas banjir di sini, semalam.

Pada masa sama, Mohd Khairi berkata, situasi banjir di negeri itu masih terkawal dengan hanya dua daerah yang masih terjejas iaitu Kemaman dan Marang sehingga petang semalam.

Mengikut data oleh Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 2,545 mangsa daripada 637 keluarga kini menghuni di enam PPS dengan Kemaman mencatatka­n bilangan mangsa tertinggi iaitu 2,532 mangsa manakala

Marang berbaki hanya 13 mangsa.

Sementara itu, beliau turut mengesahka­n kematian seorang warga emas dikenali sebagai Chik Mamat, 76, yang ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat,

Ajil, Kuala Berang pagi semalam, bukan berkait dengan bencana banjir.

“Kita klasifikas­ikan sebagai mati mengejut (SDR), kematian biasa. Ia berlaku bukan di kawasan banjir, bukan mangsa banjir,” katanya sambil menasihati individu dewasa terutama warga emas untuk mengelakka­n sebarang aktiviti berisiko sepanjang MTL ini.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? - Gambar NSTP/GHAZALI KORI ?? PENDUDUK melakukan kerja pembersiha­n rumah selepas banjir surut ketika tinjauan di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, Kemaman.
- Gambar NSTP/GHAZALI KORI PENDUDUK melakukan kerja pembersiha­n rumah selepas banjir surut ketika tinjauan di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, Kemaman.
 ?? ?? MOHD Khairi
MOHD Khairi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia