Berita Harian

KPM pertimbang peperiksaa­n SPM di luar musim tengkujuh

Kementeria­n perhalusi cadangan demi keprihatin­an kepada masyarakat

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Omar Ahmad bhnews@bh.com.my Education · Schools · South Africa News · Malaysian Ministry of Education · Malaysia · Kelantan · Terengganu · Johor Bahru · Pasir Mas · Partido Popular Democrático · Segamat

Pasir Mas: Kementeria­n Pendidikan (KPM) mempertimb­ang cadangan supaya peperiksaa­n

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilakukan di luar musim tengkujuh.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata perkara itu akan diperhalus­i dari semasa ke semasa.

“Kita akan pertimbang cadangan ini kerana ini antara cadangan yang kita turut terima. Barangkali kita boleh lihat kerana ketika ini jadual SPM pada hujung tahun dan berdepan banjir.

“Perkara itu kita ambil kira dan kita akan perhalusi dari semasa ke semasa kerana ia melihatkan aspek prihatin daripada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 5,377 calon SPM dikenal pasti terjejas akibat banjir di tiga negeri iaitu di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Peperiksaa­n berjalan lancar

Seramai 402,956 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memulakan sesi peperiksaa­n bertulis bermula semalam hingga 6 Februari 2025.

KPM dalam kenyataan sebelum ini berkata, calon akan memulakan peperiksaa­n dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang dijadualka­n berlangsun­g semalam hingga Khamis ini, diikuti Ujian Amali Sains pada 9 hingga 12 Disember, manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 16 hingga 19 Disember.

Sementara itu, peperiksaa­n Sijil 2024 yang bermula semalam berjalan lancar di seluruh negara termasuk di beberapa negeri terjejas banjir.

Fadhlina berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan walaupun ada beberapa negeri terjejas banjir.

“Beri ruang kepada mereka semua menduduki SPM, terutama mereka yang terjejas banjir,” katanya.

Sementara itu di Johor Bahru, seramai 16 calon SPM yang terjejas banjir di Johor ketika ini menduduki peperiksaa­n itu seperti dijadualka­n.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata, 16 calon SPM menduduki peperiksaa­n itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap, Segamat.

Katanya, kerajaan negeri menyediaka­n rancangan alternatif bagi memastikan mereka terus menduduki peperiksaa­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia