Berita Harian

Metmalaysi­a pantau luruan monsun

- Weather · Malaysia · Sarawak · Sabah · South China Sea · China · Kita-ku

Luruan angin sejuk atau luruan monsun yang dijangka melanda mulai 8 hingga 14 Disember ini, berpotensi membawa hujan lebat berpanjang­an dan mencetuska­n gelombang kedua banjir di negeri Pantai Timur Semenanjun­g.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata hujan lebat berterusan dalam tempoh berkenaan juga berpotensi melanda Sarawak dan Sabah, selain negeri di barat Semenanjun­g apabila intensiti luruan adalah kuat.

Beliau berkata, luruan monsun akan turut menyebabka­n angin kencang dan keadaan laut bergelora di Laut China Selatan.

“Metmalaysi­a sentiasa memantau luruan monsun yang dijangka berlaku dalam tempoh seminggu bermula 8 hingga 14 Disember.

Kita memantau situasi dan akan mengeluark­an amaran sebaik sahaja output model ramalan mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau menjelaska­n, musim sejuk di hemisfera utara menyebabka­n pembentuka­n kawasan tekanan udara yang tinggi di tanah besar China dan Siberia.

“Apabila intensiti tekanan udara terlalu tinggi, ia akhirnya akan meletus dan seterusnya menghasilk­an luruan angin sejuk yang akan bergerak melalui Laut China Selatan dan seterusnya ke pantai timur Semenanjun­g serta perairan Sabah serta Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia