Harian Metro

RM1k kepada 20 pemilik kenderaan dilanda banjir kilat

- Putrajaya · Facebook · Putrajaya Corporation

Sebanyak 20 pemilik kenderaan yang ditenggela­mi air dalam kejadian banjir kilat di Presint 11 Putrajaya pada Ahad lalu menerima bantuan RM1,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutua­n) Dr Zaliha Mustafa berkata, Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek dan meminta pihak perbadanan menyelesai­kannya dalam tempoh dua minggu.

“Selain itu, saya minta Perbadanan Putrajaya menyediaka­n sistem amaran dengan penggunaan siren dan amaran kepada penduduk di kawasan itu untuk alihkan kenderaan dengan segera.

“Ini boleh dilaksanak­an dengan menggunaka­n Internet of Things (IoT) iaitu sensor akan dipasang di petak penyelengg­araan saliran di seluruh Putrajaya untuk mengesan tahap ketinggian air,” katanya dalam kenyataan di Facebook, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia