Harian Metro

Penilaian akhir keselamata­n kawasan kawah kebakaran selesai hari ini

- Disasters · Fires · Putra Heights · Malaysia · Subang Jaya · Petronas Gas

Kerja penilaian akhir keselamata­n di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights, dijangka selesai hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisyam Mohammad berkata, ia kemudian akan dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam masa terdekat.

“Penilaian akhir ini hanya meliputi kawasan kawah kebakaran sahaja dan tidak termasuk kawasan infrastruk­tur terjejas. Kini, kami juga jalankan operasi penyedutan air di kawasan kawah kebakaran kerana ada limpahan susulan hujan semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan awal siasatan teknikal punca kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lalu, dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu.

Hussein berkata, impak letupan besar itu menyebabka­n struktur atau landskap asal kawasan berkenaan berubah, menjadikan kawasan terbabit tidak stabil.

Kebakaran saluran gas Petronas pada jam 8.10 pagi Selasa lalu, menyaksika­n

api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami selepas melalui proses pembaikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia