Harian Metro

Umpama zon perang

Mangsa bah ‘terduduk’ lihat keadaan rumah, barangan rosak teruk

- Oleh Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my Tumpat Disasters · Terengganu

“Kami umpama pasangan pengantin baharu kerana perlu membeli pelbagai barangan kelengkapa­n rumah,” kata mangsa banjir dari Taman Seri Bayu di sini, dikenali sebagai Amran.

Amran, 41, berkata, dia pulang ke rumah tiga hari lalu selepas sembilan hari berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kerja pembersiha­n baru selesai 50 peratus.

“Ketika memasuki rumah dua (tiga) hari lalu, saya dan isteri ‘terduduk’ melihat keadaan dalam rumah yang umpama zon perang.

“Tiada apa yang mampu diselamatk­an termasuk perabot serta barangan elektrik,” katanya, semalam.

Penjawat awam itu berkata, dia bersyukur kerana kereta dan motosikaln­ya yang diparkir di tepi Jalan Jubakar Pantai sempat diselamatk­an sebelum jalan itu runtuh akibat terjahan arus banjir yang melimpah.

Katanya, dia dan isteri semakin dapat menerima

takdir dan menganggap ada hikmah untuk mereka empat beranak.

Amran ditemui bersama kira-kira 700 keluarga lain yang menerima bantuan makanan serta barangan kebersihan daripada Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (Pekaa).

Penaung Pekaa Datuk Seri Alha Alfa berkata, untuk misi bencana banjir kali ini, pihaknya hadir ke Tumpat seterusnya akan ke Setiu, Terengganu untuk mengagihka­n lebih 1,000 kotak makanan termasuk barangan kebersihan kepada mangsa banjir.

“Bantuan sebegini bukan julung kali dibuat, malah setiap tahun, kami terbabit dalam misi kemanusiaa­n sebegini dan insya-Allah, ia diteruskan pada masa depan,” katanya.

 ?? - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? MANGSA banjir dari Taman Seri Bayu, Tumpat menerima bantuan makanan serta barangan kebersihan daripada Pekaa.
- Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR MANGSA banjir dari Taman Seri Bayu, Tumpat menerima bantuan makanan serta barangan kebersihan daripada Pekaa.
 ?? ?? AMRAN
AMRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia