Harian Metro

133 PPA di enam negeri berisiko banjir

- Disasters · Education · South Africa News · Malaysia · Kelantan · Terengganu · Sabah · Malaysian Ministry of Education · Ministry of Health · Batu Pahat · Pahang

Sebanyak 133 Pusat Peperiksaa­n Alternatif (PPA) disediakan bagi menempatka­n calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di enam negeri yang berisiko sekiranya pusat sedia ada dilanda banjir.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata PPA itu diwujudkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah sebagai langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkina­n sepanjang peperiksaa­n SPM berlangsun­g khususnya berkaitan Monsun Timur Laut (MTL).

Beliau berkata, ini kerana Kementeria­n Pendidikan (KPM) telah mengenalpa­sti enam negeri terbabit berisiko dilanda banjir sekali gus boleh menjejaska­n persediaan calon untuk menduduki SPM.

“Kita juga mengambil kira kemungkina­n ada sekolah yang terlibat sebagai pusat peperiksaa­n dan sekolah itu dilanda banjir.

“Untuk itu, KPM telah pun bersiap siaga dengan semua mekanisme dan juga pelan mitigasi yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi antaranya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), ATM, Jabatan Meteorolog­i, Jabatan Bomba dan Penyelamat, APM, JKM dan juga Kementeria­n Kesihatan.

“Sekiranya musibah itu berlaku, kita akan alihkan calon ini ke PPA yang telah kita sediakan,” katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaa­n bertulis SPM di Sekolah Tinggi Batu Pahat (HSBP), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia