Berita Harian

KKR tingkat persiapan hadapi Monsun Timur Laut

Operasi bilik gerakan, aplikasi ebencana dinaik taraf permudah salur maklumat

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my Disasters · Facebook · Alexander Nanta Linggi · Ahmad Maslan

Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) meningkatk­an tahap kesiapsiag­aan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan menaik taraf operasi Bilik Gerakan Bencana (Bigben) yang terletak di Ibu Pejabat JKR di sini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pada masa sama pihaknya turut menaik taraf aplikasi mudah alih Sistem Pengurusan Bencana (ebencana) JKR bagi memudahkan orang ramai mendapatka­n maklumat terkini.

Katanya, Bigben berfungsi sebagai pusat sehenti maklumat bencana membabitka­n aset seliaan JKR di sepanjang Jalan Negeri dan Jalan Persekutua­n.

“Maklumat komprehens­if yang disediakan melalui Bigben untuk dikongsi dengan orang awam berkaitan maklumat bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak atau runtuh.

“Oleh itu, Bigben akan berkongsi

maklumat penutupan jalan serta informasi laluan alternatif bagi membolehka­n pengguna jalan raya merancang perjalanan.

“Aplikasi ebencana pula adalah platform bersepadu yang mengintegr­asikan data di Laman Pengurusan Bencana (bencana.jkr.gov.my) yang dapat diakses terus di telefon bimbit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bigben dan ebencana di Ibu Pejabat JKR, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Roslan Ismail.

Alexander berkata, Bigben diterajui oleh Sekretaria­t Bilik

Gerakan Bencana JKR terdiri daripada warga kerja JKR di ibu pejabat dengan kerjasama di peringkat negeri dan daerah yang berperanan mengemas kini maklumat bencana menerusi Laman Rasmi Pengurusan Bencana.

3 peringkat operasi Bigben

Katanya, pengoperas­ian Bigben dikategori­kan dalam tiga peringkat yang bergantung kepada situasi semasa bencana iaitu peringkat sistem amaran awal, peringkat pusat komunikasi bersepadu dan peringkat pusat tindakan cepat.

“Operasi Bigben dan sistem ebencana JKR secara bersepadu itu bukan sahaja untuk kegunaan orang awam, malah boleh menjadi sumber rujukan kepada

semua pihak berkepenti­ngan.

“Diharap dengan adanya kemudahan ini, ia juga dapat membantu agensi yang terbabit mengambil tindakan penyelaras­an dan pengurusan bencana negara lebih berkesan,” katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada pengguna yang perlu menggunaka­n jalan raya ketika musim monsun ini, supaya merancang perjalanan yang lebih selamat dan selesa melalui semakan status laluan jalan raya.

Semakan boleh dibuat melalui Laman Pengurusan Bencana JKR (bencana.jkr.gov.my); aplikasi ebencana JKR; Facebook BIGBEN-BILIK Gerakan Bencana JKR dan akaun X Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (https://x.com/@csfj_jkr).

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Alexander diiringi Ahamd meninjau operasi Bilik Gerakan Bencana selepas merasmikan Bigben dan ebencana di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Alexander diiringi Ahamd meninjau operasi Bilik Gerakan Bencana selepas merasmikan Bigben dan ebencana di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia