Harian Metro

Agong beri sumbangan peribadi

- Ibrahim Iskandar of Johor · Putra Heights · Sharafuddin of Selangor · Mohamad Sabu · Abu Bakr · Petronas Gas · Subang Jaya · Ayob Khan Mydin Pitchay

Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam berkenan menyampaik­an sumbangan peribadi menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Sebanyak 308 ketua isi rumah yang terjejas menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi meringanka­n beban.

Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli menyantuni dan bertanya khabar mangsa terlibat di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna, Masjid Putra Heights.

Terdahulu, keberangka­tan tiba Seri Paduka Baginda di PPS berkenaan pada 10.22 pagi, diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar

Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Setakat 8 pagi semalam, 382 mangsa daripada 98 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas, menyaksika­n api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas, tetapi boleh didiami selepas melalui proses pembaikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia