Harian Metro

Jumlah mangsa banjir di Johor catat penurunan

- Disasters · Badminton · Sports · Kuala Lumpur · Sarawak · Kota Tinggi · Johor Bahru · Kulai · Kluang · Malaysia · Mersing · Kanowit · Sibu · Skudai · Sedili · Padang

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi semalam berbanding malam kelmarin manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.

Di JOHOR bilangan mangsa banjir menurun kepada 3,776 orang setakat 11 pagi semalam berbanding 3,869 orang yang direkodkan malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumka­n kesemua mangsa daripada 1,066 keluarga itu ditempatka­n di 37 PPS yang beroperasi di lima daerah terjejas.

“Daerah Kota Tinggi mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi dipindahka­n ke PPS dengan 1,322 orang, diikuti Johor Bahru (780 orang), Kulai (546 orang), Pontian (595 orang) dan Kluang (533 orang),” katanya.

Azmi berkata, empat sungai dilaporkan melebihi paras bahaya iaitu stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dengan bacaan 15.40 meter (m), Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian (3.14 m), Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru (3.50 m) dan Sungai Punggai di Punggai, Kota Tinggi (1.59 m).

Selain itu, Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) di

Kota Tinggi masih ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan susulan dinaiki air, sementara Jalan Tanjung Sedili di daerah sama hanya dibuka satu lorong.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) menerusi kenyataan memaklumka­n hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor sepanjang hari ini iaitu Kluang, Mersing,

Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru

Di SARAWAK, Sekretaria­t JPBN memaklumka­n PPS di Dewan Serbaguna Nanga Ngungun di Kanowit dibuka pada 11.30 malam kelmarin bagi menempatka­n 18 mangsa daripada empat keluarga dari Rumah Suzy Lily di daerah tengah negeri itu.

Sementara itu di Sibu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunaka­n sebuah lori tiga bagi menghantar tujuh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kwong Hua ke sekolah untuk menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ekoran jalan dari kawasan kediaman pelajar berkenaan dinaiki air.

Mereka diiringi dua guru dan tiga pengawas peperiksaa­an.

Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir kekal 31 orang melibatkan sembilan keluarga di daerah Manjung setakat 8 pagi semalam dengan Sekretaria­t JPBN memaklumka­n semua mereka masih ditempatka­n di PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia