Harian Metro

Bah Sarawak: 5,385 dipindah ke PPS

- Sarawak · Bintulu · Kota Marudu · Sabah

Jumlah mangsa banjir di Sarawak naik mendadak setakat 8 pagi semalam dengan seramai 5,385 orang daripada 1,505 keluarga dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laporan terbaharu Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah ini hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding 2,981 mangsa daripada 862 keluarga yang direkodkan kelmarin.

Daerah Bintulu mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi dengan 1,481 orang daripada 396 keluarga ditempatka­n di enam PPS. Serian pula mencatatka­n seramai 1,442 mangsa daripada 446 keluarga yang berlindung di 15 PPS.

Sementara itu, jumlah daerah terjejas meningkat kepada 14 berbanding 12 daerah sehingga 8.00 malam kelmarin dengan jumlah PPS yang diaktifkan meningkat dari 36 kepada 47.

Sementara itu, di SABAH jumlah mangsa banjir terus meningkat mendadak kepada 2,240 mangsa daripada 771 keluarga pada pagi semalam, berbanding 1,019 mangsa daripada 291 keluarga malam kelmarin melibatkan lapan daerah.

Laman sesawang InfoBencan­a Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumka­n Kota Belud dan Paitan merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir pagi ini, selain Kota Marudu,

Beaufort, Beluran, Tongod, Telupid dan Sandakan.

Kota Marudu kekal menjadi daerah mempunyai paling ramai mangsa banjir dipindahka­n iaitu 1,467 mangsa daripada 566 keluarga yang ditempatka­n di lima PPS, diikuti Telupid 195 mangsa daripada 48 keluarga di dua PPS, dan Beluran 190 mangsa daripada 55 keluarga di tiga PPS.

Di Sandakan, seramai 118 mangsa daripada 28 keluarga ditempatka­n di satu PPS, Beaufort 102 orang daripada 29 keluarga di satu PPS, Kota Belud mencatakan 92 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS, Tongod dengan 54 mangsa daripada 13 keluarga di satu PPS, dan Paitan 22 mangsa daripada 11 keluarga di dua PPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia