Harian Metro

Aktifkan jawatankua­sa pengurusan bencana

- South Africa News · Disasters · Education · Kota Kinabalu · Sabah · Malaysia · British North Borneo

Kota Kinabalu: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengaktifk­an jawatankua­sa pengurusan bencana menerusi semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi menghadapi sebarang kemungkina­n bencana alam yang boleh menjejaska­n kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini.

Timbalan Pengarah (Sektor Perancanga­n dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Mohd Zaini Yanin, berkata pihaknya turut mengingatk­an semua calon peperiksaa­n supaya segera menghubung­i sekolah jika berlaku bencana di kawasan mereka.

Katanya, jawatankua­sa pengurusan bencana akan bertindak segera jika ada insiden seperti banjir yang membabitka­n calon peperiksaa­n di negeri ini.

“Bagaimanap­un, setakat hari ini (semalam), peperiksaa­n di negeri ini berjalan dengan lancar dan kita mengharapk­an proses peperiksaa­n ini dapat dijalankan dengan teratur.” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia