Berita Harian

Letup batu hamparan tingkat aliran air ke Rumah Pam Kemubu

Inisiatif dibuat jika operasi pembenihan awan 3 hari di Kelantan tidak berhasil

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my Weather · Water Security · Disasters · Ecology · Drought · Social Issues · Society · Natural Disasters · Kota Bharu · Malaysia · Royal Air Force · Ahmad Zahid Hamidi · Kelantan · Mohamad Sabu · Ampang · Royal Malaysian Air Force

Meletupkan atau memecahkan batu hamparan berhampira­n Rumah Pam Kemubu, Kota Bharu di Kelantan bagi proses penjajaran untuk meningkatk­an paras air, menjadi antara beberapa penyelesai­an jangka pendek mengatasi masalah air akibat kemarau.

Batu hamparan ialah batu besar yang rata, lebar dan berada di dasar sungai yang menghalang air sungai masuk ke kawasan pam.

Proses memecahkan batu hamparan di laluan air masuk kawasan pam membolehka­n air Sungai Kelantan tetap mengalir walaupun berada pada paras yang rendah.

Difahamkan, terdapat batu hamparan berukuran tiga meter (m) dari dasar sungai yang terletak di kawasan laluan air masuk kawasan pam, sekali gus mengehadka­n operasi kemudahan berkenaan.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata inisiatif itu akan dibuat jika operasi pembenihan awan selama tiga hari mulai kelmarin, di tujuh lokaliti di Kelantan, tidak berhasil.

Beliau berkata, proses berkenaan bagi memberi laluan kepada proses penjajaran air ke pam Kemubu dengan harapan pembenihan awan boleh menghasilk­an hujan pada masa terdekat, sekali gus meningkatk­an paras air di kawasan pam bagi operasi sedia ada di Pam Kemubu I dan II.

Pasang telaga tiub

Selain itu, katanya, telaga tiub akan dipasang di 280 lokasi dikenal pasti di sekitar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebagai alternatif mengatasi musim kemarau di Kelantan.

“Beberapa (telaga tiub) sudah dibuat dalam masa terdekat dan (operasi) antara dua atau tiga telahpun dilaksanak­an.

“Kita lihat di telaga tiub itu ada air yang boleh digunakan, selain perlu melihat perkembang­an semasa antara dua hingga tiga hari lagi.

“Seterusnya, kita melihat kepada shift piles atau pelaksanaa­n beberapa jajaran di Sungai Kelantan dengan (proses ini memerlukan) kebenaran kerajaan negeri. Ia akan menjadi antara pelan jangka pendek dan sederhana yang boleh dilaksanak­an.

“Bagi penyelesai­an jangka panjang, kami akan mencadangk­an (pembinaan) Ampang Jajar di kawasan Sungai Kelantan dengan perincian bakal dikemukaka­n pada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum menyertai OPA di tujuh lokaliti di Kelantan menggunaka­n Kapal Pengangkut C130H di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Rabu lalu, dilaporkan berkata kerajaan bersetuju melaksanak­an pembenihan awan di Kelantan susulan permohonan KADA bagi menangani impak cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga hujung September.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat berkata, dana RM5 juta daripada Tabung Kumpulan

Wang Amanah Bantuan Bencana Negara digunakan bagi menjayakan operasi pembenihan awan berkenaan.

Taburan hujan rendah dicatatkan bermula Februari hingga April lalu, menyumbang kepada penyusutan paras air Sungai Kelantan serta mengganggu operasi pam di seluruh kawasan KADA.

Bagi membolehka­n Rumah Pam Kemubu beroperasi sepenuhnya, Sungai Kelantan perlu mencapai aras air pada ketinggian 4.9m, namun parasnya pada bacaan terendah iaitu 2.19m pada minggu kedua April lalu seperti direkodkan KADA.

Sementara itu, Mohamad berkata, negara akan berdepan kekurangan kira-kira empat peratus

daripada keseluruha­n jumlah pengeluara­n beras, jika proses penanaman padi sekitar Kelantan gagal dibuat ekoran musim kemarau berpanjang­an.

Selain itu, katanya, proses penanaman padi di beberapa negeri lain setakat ini belum berada di tahap mencemaska­n dengan taburan hujan direkodkan pada kadar positif di beberapa kawasan di seluruh negara.

“Semalam hujan lebat di Bagan Serai, Perak dan saya berada di sekitar sana ketika itu.

“Memang berlaku catuan air di Bukit Merah, Perak ketika ini tetapi dengan hujan lebat dua malam berturut-turut, kita harap ia mampu meningkatk­an paras air,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohamad meninjau persiapan operasi pembenihan awan di Kelantan menggunaka­n pesawat pengangkut C130H di Pangkalan TUDM Subang, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohamad meninjau persiapan operasi pembenihan awan di Kelantan menggunaka­n pesawat pengangkut C130H di Pangkalan TUDM Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia