Harian Metro

SAJIAN MUSIM TENGKUJUH

Permintaan ‘debu’ ubi kayu meningkat apabila ramai peniaga hasilkan putu halba

- Oleh Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my Tumpat Kelantan · Bachok

Menjelang musim tengkujuh, permintaan debu (tepung) ubi kayu amat menggalakk­an berikutan ramai peniaga di negeri ini menghasilk­an kuih putu halba.

Keadaan itu membuatkan Siti Shafikah Mohamad Suhaimim, 31, dari Kampung Teluk Jering, di sini, sibuk kerana perlu menyediaka­n lebih satu tan debu ubi kayu setiap hari untuk permintaan pelanggan.

Siti Shafikah berkata, dia yang dibantu tiga hingga 10 pekerja akan memproses dua tan ubi kayu akan diproses setiap hari bermula jam 8.30 pagi sehingga hasilnya diperoleh menjelang tengah malam.

Menurutnya, menjelang musim tengkujuh ini, dia mula memproses debu ubi kayu sejak awal bulan lalu kerana terdapat permintaan daripada peniaga yang ingin menjual putu halba.

“Bekalan ubi kayu saya peroleh dari Bachok dan penduduk kampung selain hasil kebun peninggala­n arwah bapa seluas 0.2 hektar. Setiap hari saya akan proses dua tan ubi kayu yang mampu menghasilk­an satu tan debu.

“Selain menjadi bahan utama pembuatan putu halba, debu ini juga boleh digunakan untuk membuat kuih lain seperti ketupat, tepung boko dan poli ubi kayu,” katanya.

Anak kelapan daripada

“Selain menjadi bahan utama pembuatan putu halba, debu ini juga boleh digunakan untuk membuat kuih lain seperti ketupat, tepung boko dan poli ubi kayu” Siti Shafikah Mohamad Suhaimim

sembilan beradik itu berkata, dia menghasilk­an debu ubi kayu sejak lima tahun lalu bersama bapanya, Mohamad Suhaimim Mamat, 74, dan meneruskan legasi selepas bapanya meninggal dunia, tahun lalu.

Menurutnya, meskipun pembuatan debu ubi kayu dilihat mudah, tetapi penghasila­nnya memerlukan banyak proses terutama pengeringa­n yang mengambil masa lama.

“Saya mempunyai ramai pelanggan dan ramai pembeli baharu termasuk dari luar Kelantan sejak mula memanfaatk­an media sosial,” katanya.

 ?? Tumpat. - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS ?? SITI Shafikah bersama pekerjanya, mengupas ubi kayu untuk diproses menjadi debu di rumahnya di Kampung Teluk Jering,
Tumpat. - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS SITI Shafikah bersama pekerjanya, mengupas ubi kayu untuk diproses menjadi debu di rumahnya di Kampung Teluk Jering,
 ?? ?? UBI kayu siap dikupas dimasukkan ke dalam mesin untuk dihancurka­n sebelum diperah dan dikeringka­n untuk menjadi debu ubi kayu.
UBI kayu siap dikupas dimasukkan ke dalam mesin untuk dihancurka­n sebelum diperah dan dikeringka­n untuk menjadi debu ubi kayu.
 ?? ?? SITI Shafikah (kiri) bersama kakaknya, Siti Norhayati menunjukka­n debu ubi kayu yang dihasilkan.
SITI Shafikah (kiri) bersama kakaknya, Siti Norhayati menunjukka­n debu ubi kayu yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia