Berita Harian

Cuaca panas dijangka berlarutan sehingga Jun

Metmalaysi­a keluarkan status tahap satu bagi 5 kawasan di Kedah, suhu cecah 37 darjah Celsius

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah dan Nurhanim Osman bhnews@bh.com.my Weather · Malaysia · Indonesia · Australia · Pendang · Baling · Pokok Sena · Padang Terap · Kulim

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) meramalkan cuaca panas yang melanda negara ketika ini akan berlarutan sehingga Jun dengan kemuncakny­a bermula bulan depan.

Ketua Pengarahny­a, Dr Mohd

Hisham Mohd Anip, berkata cuaca panas yang melanda negara tahun ini bermula lebih awal, iaitu sejak bulan lalu.

“Daripada rekod pencerapan kami, cuaca panas di negara kita bermula Februari hingga Jun setiap tahun, tapi tahun ni bermula awal, iaitu sejak Januari lagi.

“Kemuncak kepada cuaca panas adalah antara Mac dan April ini,” katanya kepada BH, semalam.

Ketika ini, beberapa kawasan di negara ini diklasifik­asi berada dalam cuaca panas pada tahap satu, iaitu suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Metmalaysi­a mengklasif­ikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Kesan La Nina

Mengulas berhubung cuaca panas yang berlaku lebih awal berbanding tahun sebelumnya, Mohd Hisham, berkata perkara berkenaan mungkin disebabkan oleh kesan fenomena La Nina.

Katanya, fenomena La Nina yang aktif di hemisfera selatan membawa lebih banyak hujan di Indonesia dan utara Australia serta berlaku lebih awal berbanding kelaziman.

“Sehubungan itu, ketika cuaca panas, orang ramai diminta mengurangk­an aktiviti luar dan minum banyak air,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan, Metmalaysi­a mengeluark­an status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi lima kawasan di Kedah.

Metmalaysi­a memaklumka­n, status cuaca panas itu membabitka­n kawasan Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

“Status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarka­n apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius,” menurut kenyataan itu.

Selain cuaca panas tahap satu, Metmalaysi­a mengklasif­ikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari portal rasmi Metmalaysi­a di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

 ?? ?? Mohd Hisham Mohd Anip
Mohd Hisham Mohd Anip

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia