Harian Metro

Calon berisiko banjir diberi dua pilihan

- Disasters · Education · Malaysia · Sarawak · Al-Azhar University

Kuching: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tinggal di kawasan berisiko banjir diberi pilihan untuk tinggal di asrama sekolah atau rumah ahli keluarga berdekatan pusat peperiksaa­n berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Langkah itu dicadangka­n sebagai persediaan untuk memastikan calon tidak menghadapi masalah untuk menghadiri peperiksaa­n jika kediaman mereka dilanda banjir.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi berisiko banjir berikutan cuaca buruk yang sedang melanda ketika ini.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n jika berlaku banjir ketika peperiksaa­n SPM yang bermula semalam hingga 7 Mac.

“JPNS menubuhkan jawatankua­sa pengurusan bencana bersama pelbagai agensi Persekutua­n dan negeri sebagai langkah berjaga-jaga jika banjir melanda sepanjang tempoh peperiksaa­n SPM.

“Setakat ini tiada sekolah yang terjejas akibat banjir, tetapi kita harus menyediaka­n pelan tindakan awal untuk menghadapi sebarang kemungkina­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia