Harian Metro

Hujan berterusan sehingga 16 Disember

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my Kuala Lumpur Weather · Disasters · Malaysia · Sabah · South China Sea · Terengganu · Pahang · Hujan · China · Kelantan

Luruan monsun yang sedang berlaku ketika ini dijangka berterusan sehingga 16 Disember ini berdasarka­n analisis model cuaca terkini.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) dalam kenyataan semalam memaklumka­n keadaan itu berpotensi menyebabka­n hujan berterusan di timur dan utara Semenanjun­g serta Sabah sepanjang tempoh berkenaan.

“MetMalaysi­a sudah mengeluark­an amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) membabitka­n timur dan utara Semenanjun­g berkuat kuasa sehingga 11 Disember ini.

“Manakala, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 12 Disember ini. “Orang awam dinasihatk­an supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapat maklumat terkini dan sahih,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan hujan lebat berterusan peringkat jingga dijangka berlaku di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga

Kawasan terbabit di timur dan utara Semenanjun­g serta Sabah

esok.

MetMalaysi­a turut memaklumka­n hujan berterusan peringkat kuning di Perlis, Kelantan serta beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang dan Johor.

Sebelum ini, MetMalaysi­a melaporkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang berpotensi membawa hujan lebat berpanjang­an dan mencetuska­n gelombang kedua banjir dijangka melanda negara mulai kelmarin semalam hingga 14 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia