Harian Metro

Banjir ragut kegembiraa­n sambut Tahun Baharu Cina

- Disasters

Pengalaman berdepan situasi getir ketika rumah dinaiki air akibat banjir masih segar dalam ingatan rata-rata masyarakat Tionghua di Kuala Krai meskipun bakal meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada 29 Januari.

Tinjauan di kawasan perumahan Taman Bukit Sireh mendapati musibah itu memberi kesan mendalam kerana masa dan tenaga dihabiskan membersihk­an rumah serta membeli kelengkapa­n.

Pemilik bengkel motor Tan Sheng Lock, 44, berkata banjir berlaku penghujung tahun lepas telah menyebabka­n dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 kerana premis perniagaan dan rumahnya dinaiki air.

“Banjir baru-baru ini menyebabka­n air masuk ke dalam bengkel hampir paras pinggang dan dekat rumah pula lagi sikit nak sampai ke siling dan sampai sekarang masih ada lagi kawasan yang belum dibersihka­n sepenuhnya.

“Sambutan Tahun Baharu Cina tetap kena raikan cuma dalam keadaan sederhana sahaja kerana memikirkan banyak lagi keperluan penting yang perlu diuruskan terlebih dahulu,” katanya.

Tukang gunting rambut Tien Ai Meng, 49, berkata selepas banjir berlaku, dia tidak dapat bekerja hampir sebulan kerana perlu membersihk­an rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia