Harian Metro

Hujan lebat dijangka landa Pahang, Johor, Sarawak, Sabah

- Weather · Disasters · Natural Disasters · Ecology · Pahang · Sarawak · Sabah · Malaysia · China · Oni · Hujan · South China Sea

Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) meramalkan hujan lebat akan melanda Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga hujung bulan ini.

Pusat Iklim Nasional MetMalaysi­a berkata, Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada 5 November 2024 dijangka berterusan sehingga Mac 2025.

Menurutnya, untuk Januari dan Februari ini, episod hujan lebat diramalkan berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan juga Sabah.

“Hujan lebat yang berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibat­kan kejadian banjir di kawasan berkeduduk­an rendah dan kerap banjir.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk,” katanya dalam kenyataan yang dikemas kini semalam.

Menurutnya, kawasan utara Semenanjun­g dijangka akan menerima taburan hujan yang rendah.

“Keadaan ini akan menyebabka­n cuaca panas dan kering serta berpotensi untuk berlakunya gelombang haba.

“Namun, pembentuka­n La

Nina yang dijangka terbentuk pada Januari ini, berpotensi untuk mengurangk­an impak gelombang haba,” katanya.

Selain itu, MetMalaysi­a berkata, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabka­n laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan. Katanya, tinjauan cuaca jangka panjang bagi Januari hingga Jun berdasarka­n konsensus beberapa model tinjauan

Kawasan utara Semenanjun­g dijangka terima taburan hujan yang rendah iklim antarabang­sa dan tempatan.

“Majoriti model iklim antarabang­sa menunjukka­n keadaan El Niño Southern Oscillatio­n (ENSO) terkini adalah neutral dengan Indeks Nino Lautan (ONI) terkini di kawasan pemantauan Niño 3.4 bagi September, Oktober dan November lalu adalah - 0.2 darjah celcius.

“Namun, terdapat kemungkina­n La Nina akan terbentuk pada Januari (peluang 59 peratus) dan kembali ke neutral antara Mac hingga Mei ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia