Harian Metro

Kelantan rugi RM30j akibat banjir, 7 sekolah YIK rosak teruk

- Disasters · Education · Kelantan · Malaysia · Felda Global Ventures Holdings

Kerugian akibat banjir di Kelantan dianggarka­n lebih RM30 juta, dengan tujuh sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) mengalami kerosakan teruk, termasuk peralatan musnah dan bangunan ditenggela­mi air sehingga lebih satu meter.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, jumlah kerugian itu dijangka bertambah kerana maklumat terperinci belum diterima.

“Jumlah kerugian awal itu turut membabitka­n tujuh sekolah di bawah YIK dan jalan raya di negeri ini.

“Kerosakan dialami tujuh sekolah itu ada yang ditenggela­mi air sehingga lebih satu meter dan rosak peralatan sekolah,” katanya selepas majlis penerimaan dan pengagihan bantuan banjir daripada FGV Holdings Berhad (FGV) di sini, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Wan Roslan berkata, daripada 5,163 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk sekolah YIK di Kelantan, 207 terjejas banjir.

Beliau berkata, bagaimanap­un situasi itu tidak menjejaska­n peperiksaa­n lisan yang dijalankan baru-baru ini memandangk­an semua calon terbabit menumpang di sekolah berhampira­n yang selamat.

“Seramai 207 calon SPM sekolah YIK yang terjejas banjir menjalani peperiksaa­n di pusat ditentukan YIK dan Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

 ?? - Foto NSTP/SITI ROHANA IDRIS ?? WAN Roslan (tengah) ketika flag off kumpulan sukarelawa­n FGV ke lokasi terjejas banjir.
- Foto NSTP/SITI ROHANA IDRIS WAN Roslan (tengah) ketika flag off kumpulan sukarelawa­n FGV ke lokasi terjejas banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia