Berita Harian

Empangan Bukit Merah status Kritikal Pengairan Tahap Tiga

- BERNAMA Water Security · Social Issues · Society · Ahmad Zahid Hamidi

Ipoh: Empangan Bukit Merah berada pada status Kritikal Pengairan Tahap Tiga apabila aras takungan semasa direkodkan 20.65 kaki bersamaan 6.294 meter padu.

Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Tenaga, Air dan Pengangkut­an Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata jumlah simpanan air empangan ketika ini sebanyak 9.3825 juta meter padu bersamaan 17.22 peratus daripada kapasiti keseluruha­n empangan.

Beliau berkata, dari segi keadaan cuaca, tiada hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, dan keadaan cuaca di kawasan empangan adalah baik dan cerah.

“Bagi operasi pintu empangan, pelepasan air melalui pintu outlet (saluran keluar) masih diteruskan secara terkawal.

“Untuk Terusan Selinsing, sebanyak dua pintu dibuka pada kadar 20 peratus, bersamaan 488 milimeter, manakala bagi Terusan Besar satu pintu dibuka pada kadar tiga peratus bersamaan 73 milimeter,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohammad Nizar berkata, bukaan pelimpah tidak diaktifkan kerana aras air empangan berada jauh di bawah aras alur limpah, manakala bagi bukaan saluran pengambila­n air untuk tujuan pengairan, kadar aliran air yang dilepaskan ke Terusan Besar adalah sebanyak 0.566 meter padu sesaat, manakala ke Terusan Selinsing adalah sebanyak 6.230 meter padu sesaat selaras keperluan pengairan semasa.

“Pemantauan berterusan serta pengurusan pelepasan air secara berdisipli­n dan berhemat amat penting bagi memastikan bekalan air pengairan dapat dikekalkan untuk tempoh yang lebih panjang.

“Kerjasama semua pihak khususnya pasukan operasi empangan dan pengurusan pengairan, amatlah dihargai bagi memastikan operasi empangan ini terus berjalan dengan selamat dan berkesan,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara memaklumka­n beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanak­an di tiga negeri, iaitu Johor, Kedah dan Perak mulai Rabu hingga Ahad (15 Februari), termasuk Empangan Bukit Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia