Harian Metro

‘Hujan lebih 30 minit sudah bikin resah’

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my Ampang Jaya Weather · Disasters · Natural Disasters

Keresahan penduduk Taman Muda Fasa 1 di sini setiap kali hujan lebat bukan dibuat-buat, sebaliknya akibat tidak sanggup lagi berdepan banjir kilat yang kerap berlaku.

Implikasi bencana itu bukan hanya pada kerugian harta benda semata, bahkan emosi, mental dan fizikal daripada proses pembersiha­n sisa banjir.

Normadiah Mat Yet, 68, berkata, dia dan sebahagian penduduk di kawasan perumahan itu sudah berdepan masalah banjir kilat sejak kira-kira 30 tahun lalu.

“Setiap kali hujan lebat lebih setengah jam sahaja, saya jadi resah dan mula mengalihka­n barangan kerana bimbang rumah dimasuki air,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, permasalah­an itu semakin buruk sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dengan paras air yang memasuki kawasan rumah lebih tinggi.

“Saya sudah tinggal di sini lebih 40 tahun. Dari dulu lagi, memang ada masalah banjir kilat tetapi tidak seteruk beberapa tahun lalu dengan air di bahagian depan rumah sahaja sehingga paras lutut.

“Pengalaman paling teruk banjir kilat yang saya alami adalah pada awal tahun lalu, apabila tiga kali rumah dimasuki air. Banyak kelengkapa­n rumah seperti karpet dan almari rosak akibat bencana itu,” katanya.

Menurutnya, banjir kilat yang kerap melanda kawasan itu memaksa dia melakukan pengubahsu­aian rumah dengan meninggika­n lantai untuk mengelak air memasuki bahagian dalam.

“Namun, walaupun lantai

rumah saya sudah tinggi tetapi air masih boleh masuk melalui dapur sehingga ke ruang tamu.

“Ada juga jiran saya membina tembok kecil di luar rumah untuk menghalang air masuk tetapi tindakan itu sia-sia.

“Air tetap masuk ke dalam

rumah, memandangk­an hujan terlalu lebat. Hal itu menyebabka­n ada di antara penghuni yang berpindah ke tempat lain,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Muda Fasa 1, Mohd Yusof Abdul Rahman,

67, berkata, banjir kilat yang berlaku di perumahan itu kerana keadaan longkang kecil dan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

“Semua rumah di kawasan perumahan ini adalah rumah teres yang dikeliling­i longkang kecil dan ia tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

“Kami dapati kira-kira 20 rumah di kawasan ini mudah dilanda banjir apabila hujan lebat lebih daripada setengah jam,” katanya.

Mohd Yusof berkata, aduan sudah kerap disalur kepada pihak berkaitan bagi mengatasi masalah itu.

“Saya harap isu ini dapat diselesaik­an segera, dan menghilang­kan keresahan penduduk setiap kali ketika hujan lebat melanda,” katanya.

Ikuti penjelasan pihak

“Semua rumah di kawasan perumahan ini adalah rumah teres yang dikeliling­i longkang kecil dan ia tidak dapat menampung jumlah air yang banyak” Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Muda Fasa 1, Mohd Yusof Abdul Rahman

berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.

 ?? ??
 ?? ?? KEADAAN longkang yang sempit tidak dapat menampung hujan lebat mengakibat­kan banjir kilat di Taman Muda Fasa 1, Ampang.
KEADAAN longkang yang sempit tidak dapat menampung hujan lebat mengakibat­kan banjir kilat di Taman Muda Fasa 1, Ampang.
 ?? ?? MOHD Yusof (kanan) menunjukka­n longkang yang sempit tidak dapat menampung hujan lebat mengakibat­kan banjir kilat.
MOHD Yusof (kanan) menunjukka­n longkang yang sempit tidak dapat menampung hujan lebat mengakibat­kan banjir kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia