Harian Metro

Kerosakan cecah ratusan juta ringgit

- Disasters · Sarawak · Facebook

Kerosakan infrastruk­tur awam akibat banjir luar biasa yang melanda Sarawak sejak 29 Januari lalu dianggarka­n mencecah ratusan juta ringgit.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, anggaran itu diperoleh hasil laporan awal yang dibentangk­an pada mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, malam kelmarin.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kerugian dan kerosakan yang ditanggung oleh isi rumah dan sektor swasta juga mencecah angka sama.

“Sembilan bahagian yang terjejas banjir di Sarawak sudah mengemukak­an penilaian mereka kepada JPBN mengenai kerosakan harta benda awam dan swasta akibat banjir,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, semalam.

Mesyuarat berkenaan dipengerus­ikan oleh Timbalan Premier yang juga pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

 ?? ?? SARAWAK dilanda banjir sejak 29 Januari.
SARAWAK dilanda banjir sejak 29 Januari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia