Harian Metro

Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat

- Disasters · Terengganu · Kelantan · Bachok · Rantau Panjang

Lumpur:

Jumlah mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa negeri di Semenanjun­g yang dilanda bencana alam itu, merekodkan peningkata­n setakat 8 pagi.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam kelmarin, kini berada di 17 PPS.

Sekretaria­t Jawatankua­sa

Pengurusan Banjir Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumka­n daerah yang terjejas ialah Marang dengan 195 mangsa ditempatka­n di empat PPS; Hulu Terengganu (68 mangsa, empat PPS); Besut (43 mangsa, dua PPS); Dungun (59 mangsa, tiga PPS); Kemaman (32 mangsa, dua PPS) dan di Setiu hanya satu mangsa di PPS Balai Raya Kampung Bintang.

Paras air di empat lokasi iaitu Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang serta Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu telah melepasi paras amaran.

Di Melaka, 264 mangsa daripada 71 keluarga berlindung di tiga PPS selepas kediaman mereka terjejas banjir, susulan hujan lebat sejak 5 petang kelmarin.

Menurut kenyataan Sekretaria­t Jawatankua­sa Bencana Negeri Melaka tiga PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak, Kompleks Japerun

Pantai Kundur dan SK Taman Bukit Rambai.

Di Perak, jumlah manga banjir masih kekal 68 orang daripada 23 keluarga yang ditempatka­n di PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut, Matang dan Selama.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok, meningkat sedikit kepada 40 orang berbanding 30 orang malam kelmarin.

Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan kini melebihi paras amaran iaitu 8.64 meter (m) (amaran 8.0m) manakala tiga sungai lagi kini pada paras berjaga-jaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia