Harian Metro

Jumlah mangsa bah di Johor meningkat

- Disasters · Terengganu · Johor Bahru · Batu Pahat District · Thailand · Selat · Kota Tinggi · Kluang

Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat manakala di Perak dan Terengganu kekal sejak malam kelmarin.

Di JOHOR, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8 pagi semalam, berbanding 2,524 orang direkodkan malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumka­n kesemua mangsa daripada 1,023 keluarga itu ditempatka­n di 36 PPS yang beroperasi di lima daerah terjejas.

“Kota Tinggi menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 1,160 mangsa dipindahka­n ke PPS, diikuti

Kulai (748), Johor Bahru (605), Kluang (506) dan Pontian (430),” katanya.

Beliau berkata tiga sungai dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat dengan bacaan 6.03 meter (m), Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (15.75 m) dan Sungai Siam di Kampung Sungai Siam, Kulai (21.07 m).

Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) di Kota Tinggi, katanya, masih ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.

Di PERAK, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumka­n jumlah mangsa banjir pagi semalam kekal seperti malam kelmarin dengan 30 orang daripada lapan keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung.

“Kesemua mangsa yang berlindung di PPS berkenaan sejak Khamis lepas adalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumka­n paras air Sungai Rui di daerah Hulu Perak mencatat paras berjaga-jaga iaitu

“Kota Tinggi paling teruk terjejas dengan 1,160 mangsa dipindah ke PPS Dr Azmi

165.43 m berbanding paras normal 165.10 m.

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumka­n laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan itu dinaiki air setinggi 0.8m.

Di TERENGGANU, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Banjir Negeri memaklumka­n jumlah mangsa banjir kekal 16 orang pagi semalam dengan kesemuanya ditempatka­n di PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai di Kemaman yang dibuka 10 malam kelmarin.

Berdasarka­n laman web https://publicinfo­banjir.water.gov.my/, hanya Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut melepasi paras bahaya iaitu 35.64 m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia