Harian Metro

Bantuan RM50k untuk keluarga mangsa korban tanah runtuh

- Society · Disasters · Kingdom of Sarawak · Sarawak · Miri

Kerajaan Sarawak menyalurka­n bantuan RM50,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, kelmarin.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bantuan itu disalurkan bagi meringanka­n beban keluarga mangsa terbabit.

“Setiap mangsa yang terkorban akan diberi bantuan RM10,000,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan SJKC Chung Hua, Batu Kawa, semalam.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Sementara itu, Fatimah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyediaka­n kaunselor bagi membantu semua mangsa yang selamat dalam kejadian.

“Bagi keluarga yang terselamat, musibah itu pasti meninggalk­an kesan terhadap mereka dan gangguan emosi yang berat terpaksa ditanggung.

“JKM akan menanganin­ya dengan menghantar kaunselor untuk membantu memulihkan semangat dan emosi mereka,” katanya.

Selain itu katanya, JKM juga menggerakk­an kaunselor ke semua PPS di seluruh negeri.

“Pejabat JKM di setiap bahagian mempunyak kaunselor, tetapi jika bahagian atau daerah itu tidak mengalami banjir, kita akan memanggil kaunselor itu untuk membantu di tempat yang dilanda banjir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia