Harian Metro

‘Segera selesai isu banjir di Kelantan’

Sultan Muhammad V pandang serius penyiapan semua fasa projek

- Oleh Hidayatida­yu Razali am@hmetro.com.my Kota Bharu Agriculture · Industries · Kelantan · Muhammad · Malaysia · Thailand · Muhammad V of Kelantan · Golok River · Abd-Allah ibn Muhammad

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menggesa Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegeraka­n bagi menyelesai­kan isu banjir di negeri itu.

Sultan Muhammad V bertitah, baginda menekankan kepentinga­n penyelesai­an segera terhadap isu banjir tahunan di Kelantan.

“Beta menggesa projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegeraka­n bagi semua fasa.

“Keutamaan harus diberikan kepada pembinaan Empangan Lebir yang menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di Kelantan,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian dalam Titah Ucapan Diraja ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Ke-15 di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Terdahulu, keberangka­tan tiba baginda disambut Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddi­n Daud dan timbalanny­a, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan serta Speaker Dun Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Turut berangkat tiba, Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Dalam titah itu, baginda turut memandang serius isu keselamata­n di sempadan Malaysia-Thailand.

“Maka cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok perlu dimuktamad­kan dengan segera.

“Beta juga menzahirka­n rasa sukacita dengan hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutua­n.

“Antara yang menjadi keutamaan ialah pembanguna­n infrastruk­tur membabitka­n pelaksanaa­n projek penting yang diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Ke-12,” titah baginda.

Pada masa yang sama, baginda menyeru jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang terbabit dalam sektor pertanian tetap fokus kepada fungsi dan tugas utama masing-masing serta meningkatk­an usaha bagi memastikan sekuriti makanan negeri dan negara terjamin.

Sultan Muhammad V berharap pihak kerajaan dan rakyat meneroka serta mendinamik­kan tanaman berpotensi tinggi seperti kelapa dan durian sebagai sumber pendapatan dalam bidang pertanian.

“Selaras dengan Enakmen Pemajuan Pertanian Negeri Kelantan 2022, beta berharap sebuah pusat pengumpula­n hasil pertanian Lojing dapat dibangunka­n dengan segera.

“Tanpa langkah tegas untuk memperkuku­hkan jenama hasil pertanian Lojing, Kelantan akan kehilangan peluang daripada segi hasil, pelaburan dan pembanguna­n ekonomi.

“Dengan strategi penjenamaa­n, infrastruk­tur yang baik dan pematuhan undang-undang, Kelantan berpotensi mengukuhka­n jajahan kecil Lojing sebagai pusat pertanian berdaya saing di Malaysia,” titah baginda.

 ?? ?? SULTAN Muhammad V bertitah ketika berangkat hadir pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.
SULTAN Muhammad V bertitah ketika berangkat hadir pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia