Harian Metro

‘Agihan bantuan NGO perlu ikut prosedur, saluran ditetapkan’

- Popular Socialist Party (Brazil)

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta supaya mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurka­n bantuan kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melalui proses yang betul.

Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang bantuan, namun NGO perlu berurusan atau menghubung­i Ketua Jajahan, Pusat kawalan operasi bencana (PKOB) dan mempunyai kelulusan Ketua Polis Daerah.

Beliau berkata, tiada halangan untuk agihan sumbangan namun perlu melalui pihak berwajib bagi memastikan agihan dibuat dengan penyelaras­an betul.

“NADMA mengalu-alukan segala bantuan yang hendak dihulur semua NGO, tiada sekatan cuma perlu disalur mengikut prosedur ditetapkan.

“Bukan kita nak kawal tapi untuk memudahkan supaya ia lebih terselaras. Semua bantuan mesti melalui ketua jajahan, PKOB atau mesti ada kelulusan OCPD (ketua polis daerah), NGO datang kena melalui (proses) ini.

“Kita tak halang, ibarat datang rumah orang, jangan main terjah, ini nak bagi bantuan. Kalau ikhlas nak bagi, ikut saluran yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan ada NGO tidak dapat mengagihka­n bantuan kepada mangsa banjir di sebuah PPS disebabkan tidak mengikut prosedur itu.

Mengulas lanjut, Meor Ismail berkata, setakat ini tiada laporan lain diterima berhubung sebarang isu di PPS dan meminta mana-mana pihak luar yang ingin membantu memberi kerjasama dan mengikut peraturan. “Kadang-kadang kalau tak kawal, sesuatu PPS terima banyak sangat bantuan ataupun memperoleh barangan sama contohnya air minuman yang dihantar oleh NGO, tak kan nak terima barangan sama selepas itu? Jadi agihlah ke PPS lain.

“Pegawai daerah lebih tahu mana PPS yang lebih memerlukan dan ini bukan kali pertama banjir, berlaku setiap tahun dan peraturan (ditetapkan) semua orang tahu,” katanya.

Kita tak halang, ibarat datang rumah orang, jangan main terjah Meor Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia