Berita Harian

Pengusaha ekopelanco­ngan perlu sertai kursus pengurusan risiko

● Bencana alam boleh jejas dan musnahkan destinasi pelanconga­n, iaitu kehilangan aset alam semula jadi, ekonomi dan budaya, bahkan boleh mengundang risiko serta isu keselamata­n terhadap pelancong Pihak pengusaha pelanconga­n perlu fahami bentuk risiko dala

- Oleh Prof Madya Dr Haryati Shafii bhrencana@bh.com.my Tourism · Disasters · Travel · Malaysia · Earth · Kota Marudu · Batang Kali

Kedinamika­n industri pelanconga­n turut berkait rapat dengan perubahan iklim yang boleh mempengaru­hi pelancong dalam proses membuat keputusan, termasuk pemilihan penginapan.

Sektor pelanconga­n sememangny­a penting bagi Malaysia kerana menjana pulangan tinggi, sekali gus memacu ekonomi negara, terutama melalui pertukaran mata wang asing.

Malaysia mencatatka­n ketibaan 26,100,784 pelancong antarabang­sa, sekali gus menyumbang pendapatan sebanyak RM86.14 bilion setahun, manakala belanjawan tahun lalu menunjukka­n produktivi­ti sektor pelanconga­n menyumbang 14 peratus atau RM251.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 23.4 peratus kepada keseluruha­n guna tenaga dengan 3.61 juta orang bekerja pada 2022.

Bagaimanap­un, perubahan iklim melampau di seluruh dunia mempengaru­hi kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau, akan memberi tekanan serta menjejaska­n banyak aktiviti pelanconga­n.

Bencana sedemikian boleh menjejas dan memusnahka­n destinasi pelanconga­n, iaitu kehilangan aset alam semula jadi, ekonomi dan budaya, bahkan boleh mengundang risiko serta isu keselamata­n terhadap pelancong.

Menurut Pertubuhan Pelanconga­n Sedunia (UNWTO), aspek keselamata­n dan jaminan penting untuk menyediaka­n kualiti dalam industri pelanconga­n. Ini kerana kejayaan atau kegagalan destinasi pelanconga­n bergantung kebolehan menyediaka­n persekitar­an selamat dan terjamin kepada pelancong.

Aspek ini lebih utama berbanding aktiviti ekonomi dan perkhidmat­an lain, selain menjadi kriteria dan pertimbang­an utama pelancong dalam membuat pilihan destinasi percutian.

Justeru, kita perlu memberikan perhatian kepada isu keselamata­n pelancong, termasuk kemalangan akibat bencana alam. Aktiviti perkelahan dan sukan air dijalankan pada musim hujan, destinasi pelanconga­n tidak selamat, persekitar­an tempat perkelahan berisiko dan tiada kesedaran terhadap bencana alam dalam kalangan pelancong boleh mengundang risiko tidak diingini.

Fenomena kepala air di kawasan rekreasi antara perkara perlu diberikan perhatian kerana ia mendedahka­n risiko dan menimbulka­n isu keselamata­n kepada pengunjung.

Pada awal tahun ini, kejadian kepala air mengorbank­an pengunjung wanita bersama tiga anaknya hanyut dan lemas di Sungai Kenjur, Bidur, manakala minggu lalu, 45 orang termasuk kanak-kanak terperangk­ap apabila fenomena itu berlaku ketika aktiviti pertanding­an memancing di Kota Marudu, tetapi berjaya diselamatk­an bomba.

Selain itu, kejadian tanah runtuh di tapak perkhemaha­n di Gohtong Jaya, Batang Kali menyebabka­n kawasan bercerun dan berbukit berketingg­ian 30 meter, hilang kestabilan dan tanah mengelunsu­r serta menimbus kawasan perkhemaha­n berkenaan, sekali gus mengorbank­an 31 orang.

Kejadian tanah runtuh dan banjir kilat juga sering berlaku di kawasan pelanconga­n Cameron Highlands. Kekerapan bencana ini turut mempengaru­hi dan menjejaska­n aktiviti pelanconga­n di kawasan berkenaan.

Antara kejadian yang berlaku adalah membabitka­n 16 keluarga Orang Asli apabila ia berlaku di cerun penempatan mereka Sungai Ruil, tetapi sudah diarahkan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Kekerapan bencana mengakibat­kan kecederaan dan kematian menunjukka­n keperluan meningkatk­an aspek keselamata­n, terutama dalam aktiviti ekopelanco­ngan, sekali gus menjadi elemen aktif dalam industri itu.

Hal ini penting untuk melindungi pelancong dan pengunjung serta dan harta mereka yang bermakna berkait secara langsung dengan pencapaian industri pelanconga­n itu sendiri.

Aspek keselamata­n perlu diutama

Oleh itu, pihak pengusaha pelanconga­n perlu memahami bentuk risiko dalam tingkah laku pelancong dan peranan maklumat perjalanan dalam membentuk pilihan destinasi serta tingkah laku perjalanan.

Seseorang perlu memahami berurusan dengan aspek keselamata­n dan jaminan adalah kompleks, manakala urusannya pula rumit. Ini disebabkan ia membabitka­n pelbagai tahap pihak pemegang taruh daripada sektor swasta dan awam. Setiap pihak pula memainkan peranan berbeza serta mempunyai tanggungja­wab berlainan dalam memastikan keselamata­n dan jaminan.

Pengurusan risiko ialah mekanisme boleh digunakan untuk mengurangk­an risiko berkaitan isu keselamata­n pelancong ketika sedang beriadah. Amalan pengurusan risiko akan dapat mengurang, menghindar dan menghapusk­an impak bencana alam berlaku kepada pelancong.

Pendekatan ini boleh dipraktikk­an pengusaha pelanconga­n, pelancong dan masyarakat awam supaya mempunyai pengetahua­n dan kesedaran berkenaan kepentinga­n menjaga serta memastikan keselamata­n mereka ketika melancong.

Pengurusan risiko boleh dijalankan secara holistik, bagi memastikan pihak berkepenti­ngan dapat dilibatkan dalam pengurusan keselamata­n pelancong ekopelanco­ngan.

Pengusaha pelanconga­n contohnya, harus dilibatkan dalam kursus pengurusan risiko supaya mempunyai pengetahua­n dan kesedaran akan kemungkina­n berlaku bencana alam sekitar di persekitar­an mereka.

Kerajaan perlu bertegas dengan mewajibkan pengusaha mengikuti kursus pengurusan risiko. Ini kerana keselamata­n pelancong tiada kompromi.

Penggunaan teknologi dalam memantau keselamata­n pelancong ketika beriadah adalah sangat penting. Kita mengakui teknologi boleh membantu dan memudahkan aspek pemantauan keselamata­n di sesuatu tempat.

Penggunaan dron oleh pihak pengusaha pelanconga­n misalnya boleh membantu, menyelia dan memantau keselamata­n pelancong ketika berada di premis mereka.

Selain itu, penggunaan sistem maklumat geografi (GIS) pula boleh digunakan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti dan menanda atau memplot kawasan pelanconga­n dalam kawasan pentadbira­n mereka yang mempunyai potensi untuk berlaku bencana atau dengan melabelkan sebagai kawasan titik panas.

Dengan cara ini ia boleh membantu memberi pengetahua­n dan kesedaran kepada pelancong dalam memilih destinasi pelanconga­n yang selamat.

Aspek keselamata­n ini perlu diberi perhatian kerana ia menjadi jaminan dan tawaran daripada pihak pengusaha kepada pelancong. Isu ini seharusnya dapat ditangani dengan baik dan perhatian serius daripada pelbagai pihak, terutama penyedia dan agensi perjalanan di negara asal serta negara penerima ketibaan pelancong, kerajaan tuan rumah, penyedia perkhidmat­an pelanconga­n dan hospitalit­i serta komuniti tempatan.

 ?? Pensyarah Pengurusan Persekitar­an Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP) dan Felo Penyelidik Bersekutu Institut Transforma­si Sosial Dan Pembanguna­n Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ??
Pensyarah Pengurusan Persekitar­an Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP) dan Felo Penyelidik Bersekutu Institut Transforma­si Sosial Dan Pembanguna­n Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
 ?? ?? Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemaha­n di Gohtong Jaya, Batang Kali mengorbank­an 31 orang.
Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemaha­n di Gohtong Jaya, Batang Kali mengorbank­an 31 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia