Harian Metro

BERDIRI ENAM JAM

Wanita hidap gout diselamat JPAM sebelum dipindah ke PPS

- Bachok Disasters · Kelantan · Panchor · Yasmin · Malaysian Armed Forces · Malaysia · Kota Bharu · Bachok · Abu Bakr

Seorang wanita yang menghidap penyakit gout terpaksa berdiri dalam air selama enam jam sebelum diselamatk­an petugas Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kelantan yang membawanya ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, di sini.

Mazlina Mohamed, 45, berkata, kelmarin rumahnya dinaiki air separas hampir satu meter dari 7 pagi dan diselamatk­an pada 3 petang.

“Saya terpaksa berdiri dan menahan kesakitan dalam air memandangk­an kami sekeluarga baru berpindah di rumah sewa itu dua bulan lalu dan belum ada sofa atau perabot. Ini adalah pengalaman kali pertama kami berpindah ke PPS kerana banjir dan tetap menyewa di situ biarpun tahu kawasannya banjir memandangk­an hanya itu saja pilihan yang ada, malah sewa adalah murah RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui di PPS SMK Beris Panchor, semalam.

Dia bersama suami, Mohd Riduan Harun, 45, dan anaknya perempuann­ya, Aliya Maisarah Mohd Riduan, 19, berpindah ke PPS itu selepas mendapat arahan daripada pihak berkuasa dan diberi rawatan oleh pusat kesihatan daerah.

Sementara itu, Yasmin Syafiqah Anuar, 29, menceritak­an pengalaman pertama mengalami banjir dan berpindah ke PPS selepas tidak lena tidur pada malamnya apabila kawasan tali air dan sawah padi mula dipenuhi air.

“Saya baru berpindah di perumahan Kampung Budi sejak empat bulan lalu dan tidak tahu di situ kawasan banjir, jadi saya mengemas barang dengan mengangkat­nya ke tempat lebih tinggi. Pada jam 8 pagi, selepas air naik separas hampir satu meter, kami sekeluarga diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa dan dibawa petugas Angkatan

Tentera Malaysia (ATM) ke PPS ini,” katanya yang berpindah ke PPS bersama suami, Mohd Junaidi Mohd Ikbal, 33, yang bekerja dengan pihak berkuasa tempatan di Kota Bharu dan tiga anak mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Jajahan Bachok Syamsul Abu Bakar berkata, seramai 40 mangsa banjir membabitka­n 11 keluarga dipindahka­n ke PPS itu kelmarin.

“Penghuni PPS diberi kemudahan dan kelengkapa­n yang cukup antaranya collapsibl­e tent (khemah biru) kepada satu keluarga. Jika ahli keluargany­a ramai, kami menyediaka­n kemudahan tambahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia