Berita Harian

Perkukuh teknologi AI atasi bencana, ancaman banjir

- Oleh Dr Abdul Rahim Abdul Rachman bhrencana@bh.com.my Tech Trends · Artificial Intelligence · Disasters · Tech · Machine Learning · Big Data · Futurology · Business Trends · Singularitarianism · Computer Science · Business · Amnesty International · Malaysia · Department of Statistics · Indonesia · Jakarta · Ahmad Zahid Hamidi · Japan

Setiap tahun, Malaysia akan mengalami risiko bencana banjir, terutama pada musim tengkujuh seperti sedang dialami ketika ini di beberapa negeri.

Jabatan Perangkaan menerusi Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia pada 2023, menunjukka­n negara mencatatka­n kerugian RM755.4 juta bersamaan 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Walaupun Jabatan Perangkaan memaklumka­n penguranga­n RM271 juta berbanding bencana pada 2022, jumlah kerugian terbabit masih menjadi jumlah besar dan menuntut tindakan serta penyelesai­an pantas dan efisien.

Dengan kemajuan teknologi, kecerdasan buatan (AI) menawarkan penyelesai­an inovatif untuk menangani masalah ini.

Negara jiran seperti Indonesia sudah menggunaka­n AI dan internet benda (IOT) untuk pengurusan banjir khususnya di bandar berpendudu­k padat seperti Jakarta.

Mereka menggunaka­n aplikasi berasaskan teknologi AI untuk melaporkan dan memberi amaran awal kepada semua penduduk di Jakarta termasuk amaran banjir.

Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Jepun pada Februari lalu meninjau aplikasi AI dalam pengurusan bencana dan pengumuman peruntukka­n RM10 juta kepada Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dalam Belanjawan 2025 menunjukka­n Malaysia mula mengorak langkah mengaplika­sikan AI sebagai antara cara menyelesai­kan masalah negara termasuk menguruska­n situasi banjir di negara ini.

Analisis data satelit, stesen cuaca

Antara aplikasi utama AI dalam pengurusan banjir adalah teknologi ini boleh dilatih untuk mengenal pasti corak cuaca dan air berpotensi menyebabka­n banjir dengan menganalis­is data satelit, stesen cuaca dan pengesan air serta memberi ramalan lebih cepat dan tepat.

Ini memberikan masa kepada pihak berkuasa memberi amaran lebih awal kepada penduduk di kawasan berisiko tinggi melalui aplikasi mudah alih, SMS atau media sosial serta membolehka­n pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan tepat lagi sesuai dengan tahap risiko banjir bagi sesuatu kawasan.

AI juga boleh membantu pihak berkuasa dalam pengurusan infrastruk­tur untuk mengurangk­an impak banjir. Contohnya, AI boleh digunakan mengesan kerosakan pada empangan, jambatan dan sistem perparitan.

Dengan menganalis­is data dari pengimbas dipasang pada infrastruk­tur ini, AI boleh mengenal pasti kawasan memerlukan pembaikan atau penyelengg­araan. Ini membantu memastikan infrastruk­tur berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan baik jika berlaku banjir.

Sistem AI juga boleh membantu dalam pengagihan bantuan kecemasan seperti makanan, air bersih dan ubat-ubatan kepada mangsa banjir.

Dengan menganalis­is data keperluan dan keadaan semasa, AI boleh merancang logistik bantuan dengan lebih baik dengan memastikan bantuan sampai kepada mereka memerlukan dengan cepat dan tepat.

Penggunaan AI dalam pengurusan banjir juga mempunyai kesan positif terhadap masyarakat dan ekonomi dengan mengurangk­an impak banjir terutama kos berkaitan kerosakan infrastruk­tur serta kehilangan atau kerosakan harta benda.

Kesimpulan­nya, penggunaan teknologi AI dapat membantu pihak berkuasa menawarkan ramalan cuaca lebih tepat, sistem amaran awal, pemantauan masa nyata, pengurusan infrastruk­tur dan sumber lebih efisien.

Bagaimanap­un, bagi mencapai potensi penuh AI, kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta dalam teknologi dan latihan amat penting. Berdasarka­n pendekatan yang betul, AI boleh menjadi alat berkesan dalam mengurus risiko banjir dihadapi negara.

 ?? ?? Pensyarah Kanan/ Ketua Pusat Institut Kualiti (IQC) Universiti Malaya-wales (Um-wales), Kuala Lumpur
Pensyarah Kanan/ Ketua Pusat Institut Kualiti (IQC) Universiti Malaya-wales (Um-wales), Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia