Harian Metro

Jumlah mangsa bah di Sabah meningkat, Sarawak berkuranga­n

- Crime · Disasters · Sexual Abuse · Violence and Abuse · Society · Animals · Wildlife · Sabah · Sarawak · Bintulu · Serian · Asajaya · Miri · Otters · Samarahan · Sibu · Simunjan

Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkuranga­n namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi semalam manakala di Sabah merekodkan peningkata­n jumlah mangsa yang dipindahka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding malam kelmarin.

Di SARAWAK, sebanyak 12,116 mangsa masih di tempatkan di 62 PPS setakat jam 8 pagi semalam dengan enam bahagian terjejas, berbanding 12,423 mangsa malam kelmarin.

Berdasarka­n laporan Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah mangsa dipindahka­n di Bahagian Bintulu (melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh) adalah 5,184 orang dan Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) seramai 2,617 mangsa,

Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong) pula merekodkan 1,926 mangsa; Bahagian Sibu (daerah Sibu,

Selangau dan Kanowit) 1,189 mangsa; Bahagian Miri (daerah Miri, Subis dan Beluru) mangsa yang dicatatkan adalah 1,138 orang; manakala Bahagian Mukah (daerah Mukah dan Matu) 62 orang.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir sedikit meningkat kepada 1,651 daripada 537 keluarga pada pukul jam 8 pagi semalam, berbanding 1,485 orang daripada 493 keluarga pada malam kelmarin.

Sekretaria­t JPBN Sabah melaporkan daerah Tongod yang pulih petang semalam, kembali dilanda banjir dengan dua PPS dibuka, menjadikan lima daerah yang masih dilanda banjir.

Pitas kekal mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi iaitu 819 mangsa (301 keluarga), diikuti Lahad Datu kekal dengan 520 mangsa (140 keluarga), Tongod dengan 155 mangsa (41 keluarga), Beaufort kekal dengan 110 mangsa (32 keluarga) dan Paitan dengan 47 mangsa (23 keluarga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia