Harian Metro

Morfologi sungai melebar

Fenomena suhu sejuk melanda Jeli, Kuala Krai bukan suatu yang luar biasa

- Oleh Muhamad Lokman Khairi am@hmetro.com.my Kuala Lumpur Weather · Badminton · Sports · Kelantan · Malaysia · National University of Malaysia · Jeli · Kuala Krai

Tiada yang luar biasa dan istimewa dengan fenomena suhu sejuk melanda kawasan Jeli dan Kuala Krai di Kelantan baru-baru ini sebaliknya ia berlaku atas faktor beberapa termasuk perubahan morfologi sungai yang semakin melebar.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pembanguna­n, Sosial dan Persekitar­an, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Frankie Marcus Ata berkata, perubahan pada sungai terjadi akibat fenomena banjir yang melanda di negeri itu sebelum ini.

“Apabila sungai semakin lebar, permukaan embun yang boleh terhasil di kawasan sungai semakin luas.

“Ini salah satu faktor yang menyebabka­n penurunan suhu terutamany­a pada waktu pagi khususnya di kawasan tanah tinggi,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, hal itu dapat dibuktikan dengan keadaan Sungai Kelantan yang semakin melebar berikutan hakisan Sungai Galas dan Sungai Nenggiri yang terletak di bahagian hulu.

Menurutnya, pembentuka­n embun sejuk itu juga ada kaitan dengan faktor topografi Jeli dan Kuala Krai yang terletak di kawasan tinggi serta mempunyai litupan kanopi hutan yang masih tebal.

“Ia tidak terikat pada dua kawasan ini sahaja, mungkin kawasan lain juga ada berlaku tetapi pemantauan ataupun rekod itu tidak menonjol.

“Kita yakin akan ada juga berlaku penurunan suhu

Permukaan embun boleh terhasil di kawasan sungai semakin luas Dr Frankie

(di kawasan lain) tetapi dalam kes ini mungkin dua kawasan ini menunjukka­n rekod penurunan suhu yang agak drastik.

“Faktor morfologi pelebaran sungai menjadi salah satu pemangkin kepada pembentuka­n embun pada pagi, selain kawasan hutan yang mungkin sudah mula menghijau di Kuala Krai dan Jeli,” katanya.

Frankie juga bersetuju dengan Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) Kelantan, Mohd Sani Saayon bahawa situasi itu adalah perkara biasa dan tiada yang istimewa. “Fenomena cuaca rendah ini berlaku pada musim-musim tertentu dan kemudian di waktu matahari sudah hampir tegak, suhu akan kembali normal,” katanya.

Terdahulu, MetMalaysi­a Kelantan memaklumka­n awan yang berkuranga­n menyebabka­n beberapa daerah di Kelantan termasuk Jeli dan Kuala Krai dilaporkan mengalami cuaca sejuk terutama waktu pagi.

Media sebelum ini melaporkan, Kuala Krai dan Jeli berdepan cuaca sejuk sehingga suhu mencecah 18 dan 19 darjah Celsius pada awal pagi selain keadaan berkabus.

Penduduk turut menyamakan mereka seperti berada di Cameron Highlands kerana cuaca sejuk.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia