Harian Metro

360 terkesan banjir

- Melaka Palestinian Authority · Malaysia · China · Rantau Panjang · Alor Gajah · Ramuan China · Panchor

Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang melibatkan 109 keluarga setakat jam 8 pagi semalam berbanding 248 orang daripada 48 keluarga malam kelmarin.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsya­h Muslim berkata kesemua mangsa terlibat ditempatka­n di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Beliau berkata PPS Balai Raya Paya Lebar menempatka­n 61 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah, sebanyak 13 mangsa daripada empat keluarga berada di sana.

“Di PPS Balai Raya Ayer Paabas, sebanyak 13 mangsa ditempatka­n di PPS berkenaan melibatkan lapan keluarga sementara di PPS Sekolah Sungai Jernih, sebanyak 15 mangsa daripada tiga keluarga ditempatka­n di situ.

“Jumlah mangsa yang ditempatka­n di PPS Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka Ar-Rasyidin adalah sebanyak 163 orang melibatkan 59 keluarga manakala sebanyak 95 mangsa daripada 22 keluarga ditempatka­n di Japerun Kuala Linggi,” katanya..

Beliau berkata PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar pula ditutup pada 9 malam kelmarin.

Katanya, 21 kawasan di daerah itu terjejas akibat bencana, termasuk Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar,

Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lu bok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.

Katanya lokasi lain ialah Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor.

 ?? ??
 ?? ?? SITUASI semasa banjir yang melanda Lubok China, semalam. Antara kawasan terjejas akibat banjir di daerah ini adalah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.
SITUASI semasa banjir yang melanda Lubok China, semalam. Antara kawasan terjejas akibat banjir di daerah ini adalah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.
 ?? ?? LELAKI yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, semalam. - Gambar NSTP/L MANIMARAN
LELAKI yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, semalam. - Gambar NSTP/L MANIMARAN
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia