Harian Metro

MetMalaysi­a kesan Lekukan Tropika berhampira­n Vietnam

- Weather · Badminton · Sports · Vietnam · Malaysia · Comoros · Sabah · Da Nang · Kudat

Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) mengeluark­an nasihat apabila mengesan satu Lekukan Tropika berhampira­n Vietnam namun mengesahka­n ia tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia.

MetMalaysi­a dalam kenyataan memaklumka­n, ia dikesan pada jam 11.00 pagi dan berada pada kedudukan latitud 14.7 utara dan longitud 111.6 timur, bergerak ke arah tenggara dalam keadaan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer per jam (km/j).

“Kedudukann­ya dikesan 396 kilometer ke tenggara Da Nang, Vietnam dan 1,036 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah.

“Namun, tiada kesan signifikan kepada Malaysia,” katanya, semalam.

Bagaimanap­un, MetMalaysi­a menasihatk­an orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) dengan mengikuti maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia