Harian Metro

1,000 penduduk Orang Asli berisiko terkandas

- Disasters · people

Lebih 1,000 penduduk Pos Balar, di sini, yang berdepan dengan risiko tanah runtuh setiap kali musim tengkujuh meminta pihak berwajib menyelengg­ara laluan di Bukit Pasir, dekat sini yang menjadi laluan utama keluar masuk ke pos berkenaan.

Tinjauan mendapati, laluan di Bukit Pasir itu juga menjadi laluan utama penduduk dari Pos Belatim serta agensi kerajaan dan kontraktor untuk ke penempatan Orang Asli bagi menghantar bantuan atau mengambil pesakit.

Seorang penduduk, Nen Aja, 27, berkata ketika musim hujan dan tanah lembap, laluan terbabit akan berlaku hakisan yang boleh membahayak­an kenderaan yang melaluinya.

Lebih merisaukan, apabila

hujan berlarutan selama beberapa hari boleh menyebabka­n berlaku tanah runtuh dan penduduk tidak dapat keluar dari perkampung­an mereka.

“Laluan ini sangat berisiko untuk diguna kerana boleh membahayak­an nyawa pengguna terutama

apabila tiba musim tengkujuh.

“Jalan ini kerap rosak dan berlaku hakis apabila hujan berterusan selama beberapa hari, lebih membimbang­kan ketika kami dalam perjalanan keluar dan berlaku tanah runtuh,” katanya.

 ?? ?? AHLI Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd Syahbuddin Hashim meninjau keadaan jalan di bukit pasir yang menjadi laluan utama ke Pos Balar, Gua Musang.
AHLI Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd Syahbuddin Hashim meninjau keadaan jalan di bukit pasir yang menjadi laluan utama ke Pos Balar, Gua Musang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia