Harian Metro

Pindah ke PPS sendiri sahaja, kami ‘biaso doh’: Mangsa

- Disasters

Panjang: “Kami memilih untuk pindah sendiri tanpa bantuan anggota keselamata­n kerana kami sudah biasa dan yakin selamat,” kata Abdul Majid Ahmad, 58.

Abdul Majid adalah salah seorang daripada tujuh keluarga di Kampung Bendang Perol, Gual To’Deh, di sini, yang berpindah malam kelmarin ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kediamanny­a yang dinaiki air dan memenuhi bahagian dalam rumah.

Katanya, dia bersama-sama yang lain bergabung tenaga memindahka­n ahli keluarga menggunaka­n perahu untuk keluar ke jalan utama dan ada juga yang meredah banjir sejauh 300 meter.

“Tambahan pula paras air masih selamat untuk kami redah dan Alhamdulil­lah, pagi ini (semalam) semua 32 mangsa yang juga sanak-saudara sudah selamat berpindah.

“Kami tidak dapat keluar lebih awal kerana perlu memastikan kesemua barangan sudah siap disimpan di tempat selamat dan berpakat untuk keluar malam tadi (kelmarin) secara beramai-ramai.

“Alhamdulil­lah, urusan berpindah berjalan lancar dengan menggunaka­n lampu suluh memandangk­an keadaan sudah gelap, tambahan pula, kami sudah tahu selok belok jalan yang sesuai untuk keluar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bersiap sedia daripada awal membantu mereka di penempatan malah ketika berpindah juga ada pegawai yang sedia menunggu.

Sementara itu, Nor Azni Setapa, 49, berkata dia bersyukur mereka sekeluarga selamat berada di PPS kerana dua malam tidak dapat tidur lena memikirkan air yang sudah memenuhi kawasan perkaranga­n rumah.

“Macam biasa, kami lah yang menjadi ‘penghuni’ pertama PPS di sini, dan biasanya yang terakhir pulang memandangk­an penempatan kami berada di kawasan rendah.

“Tetapi, gelombang pertama selalunya hanya banjir biasa yang tidak mengambil masa lama untuk surut, jadi kami berharap dapat segera pulang ke rumah kerana bimbang juga akan keselamata­n harta benda,” katanya.

Antara penempatan yang dinaiki air separas 0.3 sehingga 0.8 meter ialah Kampung Tersang, Kampung Bendang Perol, Kampung Putat Tujuh, Kampung Kusar dan Kampung Lachang, di sini.

 ?? - Gambar NSTP/SHARIFAH MAHSINAH ABDULLAH ?? SEBANYAK tujuh keluarga di Kampung Bendang Perol yang berpindah ke PPS susulan kediaman dinaiki air.
- Gambar NSTP/SHARIFAH MAHSINAH ABDULLAH SEBANYAK tujuh keluarga di Kampung Bendang Perol yang berpindah ke PPS susulan kediaman dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia