Harian Metro

DIUJI DENGAN BANJIR PULA!

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi hidayah@hmetro.com.my Subang Jaya Disasters · Residential Real Estate · Real Estate · Business · Subang Jaya · Putra Heights

“Keadaan kami sekarang diibaratka­n seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Saya baru rasa mental baik sedikit susulan kehilangan rumah sewa lama yang musnah sepenuhnya dalam insiden letupan itu, tetapi kini berdepan dengan banjir pula.”

Itu luahan Norsalawat­i Zakaria, 42, penduduk Kampung Kuala Sungai Baru di sini yang terjejas susulan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.

Kampung Kuala Sungai Baru antara beberapa kawasan di Selangor yang turut terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi namun air di kampung berkenaan sudah surut kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Norsalawat­i berkata, rumah sewa lamanya musnah sepenuhnya dalam insiden berkenaan dan kini mereka sekeluarga sudah menyewa rumah baharu di kampung sama kira-kira satu kilometer (km) dari rumah lama

Bagaimanap­un, katanya, rumah sewa baharunya turut dinaiki air susulan banjir kilat yang melanda kampung berkenaan pagi semalam menyebabka­n pakaian mereka sekeluarga ditenggela­mi air.

“Ketika kejadian saya berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid

Putra Heights dan anak sulung berusia 19 tahun yang tidur di rumah sewa beritahu rumah kami dinaiki air kira-kira 4 pagi.

“Saya dan suami pergi ke rumah untuk mengalihka­n kereta dan motosikal. Ketika itu paras air dalam rumah bawah lutut (kira-kira lebih satu meter) dan sekarang kami sedang membersihk­an rumah kerana akan mula masuk pada Sabtu ini,” katanya di sini, semalam.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia sedih dengan ujian yang menimpa mereka namun mengakui reda dengan ujian bertimpa itu walaupun mereka kini diibaratka­n tinggal sehelai sepinggang selepas rumah lama termasuk barang mereka musnah dalam kejadian itu.

“Kejadian berlaku ketika kami pulang beraya di kampung di Sungkai, Perak dan kami hanya ada pakaian yang dibawa pulang ke kampung itu saja selain pakaian disumbangk­an orang ramai. Sekarang baju kami semua sudah basah namun nasib baik barang elektrik belum beli lagi. “Sedih melihat keadaan rumah sewa lama yang sudah

Paras air Sungai Klang mula tinggi sejak awal pagi

diduduki 16 tahun lalu masih terasa dan kini seperti mahu mulakan hidup baru di rumah sewa baharu tetapi dilanda banjir pula namun apa yang boleh kami buat selain terus bersabar,” kata suri rumah itu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung berkenaan yang dikenali sebagai Ima, 38, berkata, sebahagian bumbung rumahnya rosak akibat insiden letupan berkenaan dan walaupun rumahnya tidak dinaiki air namun hujan lebat menyebabka­n siling rumah di bahagian bumbung yang rosak itu menyerap air.

“Paras air Sungai Klang di tepi rumah mula tinggi sejak awal pagi namun rumah saya tidak dinaiki air kerana berada di atas bukit cuma dua jalan yang menghubung­kan rumah saya dengan kawasan lain dinaiki air menyebabka­n kami tak boleh pergi ke mana pagi tadi (semalam).

“Tompokan air pada siling rumah juga sudah semakin besar dan saya bimbang jika hujan berterusan siling boleh runtuh serta boleh menimpa kami terutama anak yang masih kecil,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN banjir di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya yang berhampira­n dengan lokasi insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.
KEADAAN banjir di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya yang berhampira­n dengan lokasi insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia